Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI Watch 3 dan Watch 3 Pro kini rasmi – peranti pertama dengan HarmonyOS 2.0


Huawei secara rasminya telah melancarkan HUAWEI Watch 3 dan HUAWEI Watch 3 Pro yang merupakan antara peranti pertama dengan sistem operasi HarmonyOS 2.0 yang terbaru.

HUAWEI MatePad Pro 12.6 & MatePad Pro 10.8 kini rasmi dengan HarmonyOS 2.0 dan cipset Qualcomm Snapdragon

HUAWEI Watch 3 menampilkan sebuah 3D rotating crown yang memudahkan navigasi UI HarmonyOS dan berfungsi pada semua jenis cuaca.


HUAWEI Watch 3 menampilkan skrin paparan AMOLED berukuran 1.43-inci yang mempunyai kadar kecerahan 1000nits manakala kepadatan piksel adalah 326ppi.

Skrin paparan ini juga dilapisi gelas keselamatan iaitu pada rangka besi kukuh manakala bahagian belakang jam ini diperbuat daripada seramik.

Jam pintar terbaru HUAWEI ini juga mempunyai kalis air 5ATM, sensor heart rate, sensor bacaan SpO2, dan sensor suhu kulit. Kesemua sensor ini menawarkan fungsi seperti bacaan stress 24/7 dan juga kualiti tidur.

HUAWEI Watch 3 juga mempunyai eSIM dan penggunaan HarmonyOS juga membolehkan stor aplikasi HUAWEI AppGallery ditawarkan terus pada jam tanpa perlu bergantung kepada telefon pintar.

HUAWEI Watch 3 juga mempunyai 2GB RAM dan 16GB storan dalaman, 100 mod kecergasan yang termasuk 17 aktiviti profesional, mod fall defection yang akan membuat panggilan kecemasan automatik menggunakan eSIM dan menawarkan jangka hayat bateri sehingga 14 hari pada mod Ultra Long Lasting (3 hari pada tetapan 4G).

HUAWEI Watch 3 Pro

HUAWEI Watch 3 Pro pula hadir dengan reka bentuk yang lebih klasik dengan rangka jam yang diperbuat daripada Titanium dan jangka hayat bateri yang lebih baik.

Selain itu, skrin HUAWEI Watch 3 Pro juga dilapisi gelas sapphire dengan jangka hayat bateri adalah 5 hari pada 4G atau sehingga 21 hari melalui mod Ultra-Long Lasting.

Selain itu, HUAWEI Watch 3 Pro juga merupakan jam pintar pertama untuk hadir dengan dual band GPS (Band 1 dan 5).

HUAWEI Watch 3 akan ditawarkan pada harga CNY 2,599(RM 1,678) manakala HUAWEI Watch 3 Pro pula ditawarkan pada harga CNY 3,299 (RM 2 ,130).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.