Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Black Shark 3 dan 3 Pro kini dibuka untuk pra-tempahan dengan harga dari RM 2,799

Kami sebelum ini ada melaporkan bahawa telefon pintar gaming terbaru Black Shark iaitu Black Shark 3 dan Black Shark 3 Pro akan dilancarkan di Malaysia pada 30 April 2020.

Kini, maklumat harga kedua-dua telefon pintar gaming ini telah didedahkan oleh DirectD dan pra-tempahan juga kini sudah dibuka.

Black Shark 3 akan hadir didalam dua varian iaitu 8/128GB pada harga RM 2,799 manakala versi 12/128GB pula ditawarkan pada harga RM 3,199.

Black Shark 3 yang dipra-tempah ini akan mula di hantar kepada pembeli mulai 5 Mei 2020 dan ianya hadir dengan waranti rasmi 1 tahun dari Black Shark Malaysia.

Pra-tempah Black Shark 3 melalui Directd di SINI


Bagi yang berminat mendapatkan Black Shark 3 Pro pula, ianya juga hadir didalam dua varian iaitu  8/256GB pada harga RM 3,999 manakala varian 12/256GB pula hadir pada harga RM 4,199.

Pra-tempahan Black Shark 3 Pro juga dibuka sekarang di Directd namun penghantaran hanya akan dibuat pada 18-31 Mei 2020.

Pra-tempah Black Shark 3 Pro melalui Directd di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.