Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Kipas Penyejuk Black Shark FunCooler Pro – penyelesaian mudah dan murah untuk pemanasan ketika Gaming

Black Shark FunCooler Pro Shopee
Memiliki telefon pintar khas untuk gaming mungkin tidak menjadi realiti bagi semua orang khususnya kerana harga penjualan yang tinggi.

ULASAN : Kipas Penyejuk Black Shark FunCooler Pro - penyelesaian mudah dan murah untuk pemanasan ketika Gaming 25

Adakah anda bermain game pada telefon pintar anda? Tak kira lah PUBG Mobile, Mobile Legends, Call Of Duty : Mobile atau PES eFootball 2020, satu isu yang akan menghantui anda dan telefon pintar anda ketika bermain game adalah pembebasan haba atau rasa panas dibahagian belakang peranti.

Jika pembebasan haba ini tidak memberi kesan kepada prestasi telefon pintar, kita mungkin tidak begitu peduli dengan kepanasan ini, namun apabila suhu peranti meningkat , telefon pintar anda akan menjadi ‘laggy’ dan tahap responsif peranti juga akan berkurang.

ULASAN : Kipas Penyejuk Black Shark FunCooler Pro - penyelesaian mudah dan murah untuk pemanasan ketika Gaming 26

Walaubagaimanapun, Black Shark telah memberikan anda satu penyelesaian pintar kepada isu pembebasan haba yang menghalang anda menghabiskan lebih banyak masa bermain permainan video kegemaran anda.

Black Shark telah melancarkan satu peranti penyejuk yang memberikan anda penyelesaian yang lebih murah dengan kipas FunCooler Pro yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 199 secara eksklusif di Shopee

FunCooler Pro boleh digunakan oleh sesiapa sahaja tidak kira dimana anda berada

Sebelum bercerita lebih lanjut mengenai kipas FunCooler Pro ini, harus bagi war-war kan bahawa kipas ini adalah aksesori penyejuk universal yang bermaksud ianya adalah peranti ‘plug & play’ yang boleh digunakan bersama segala jenis model telefon pintar tidak kira Android mahupun iOS.

Black Shark FunCooler Pro Malaysia

Terus kepada kipas FunCooler Pro ini, kotak pembelian telefon pintar ini adalah sangat mudah dimana didalam kotak terdapat :

  1. Kipas FunCooler Pro
  2. Kabel USB-A ke USB-C
  3. Kod QR untuk muat turun aplikasi Shark Arsenal bagi peranti Android dan iOS.
  4. Risalah penggunaan produk

ULASAN : Kipas Penyejuk Black Shark FunCooler Pro - penyelesaian mudah dan murah untuk pemanasan ketika Gaming 27

Aplikasi khas untuk peranti iOS dan Android

Sebelum memulakan pengunaan kipas FunCooler ini, kami memgesyorkan anda memuat turun aplikasi dan melakukan pairing kipas ini kepada peranti anda.

Hanya imbas kod QR yang disertakan untuk ke pautan muatturun dan lakukan muat turun.

Selepas selesai muat turun, buka sambungan Bluetooth peranti anda dan buka aplikasi untuk proses sambungan yang mudah.

Anda juga perlu menghidupkan kipas dengan memasang peranti pada powerbank atau plug dengan kadar output 5V=2A atau lebih tinggi.

ULASAN : Kipas Penyejuk Black Shark FunCooler Pro - penyelesaian mudah dan murah untuk pemanasan ketika Gaming 28

Selepas itu, anda boleh tekan ‘connect’ > tekan connect now > tekan pair > tekan finish.

ULASAN : Kipas Penyejuk Black Shark FunCooler Pro - penyelesaian mudah dan murah untuk pemanasan ketika Gaming 29

2 tahap penyejukan – Blizzard atau Freeze

Selepas sambungan berjaya, anda sudah boleh melihat suhu kipas pada aplikasi dan jika anda menekan > , akan ada dua mod kipas yang boleh anda pilih iaitu Freeze atau Blizzard.

ULASAN : Kipas Penyejuk Black Shark FunCooler Pro - penyelesaian mudah dan murah untuk pemanasan ketika Gaming 30

Dari apa yang kami cuba, tetapan mod Blizzard memberikan putaran kipas yang lebih pantas berbanding mod Freeze.

ULASAN : Kipas Penyejuk Black Shark FunCooler Pro - penyelesaian mudah dan murah untuk pemanasan ketika Gaming 31

Lampu RGB yang boleh ditetapkan mengikut citarasa anda

Selain itu, pada aplikasi ini terdapat juga tetapan bagi lampu RGB kipas dengan pelbagai tetapan lampu mengikut kehendak anda.

ULASAN : Kipas Penyejuk Black Shark FunCooler Pro - penyelesaian mudah dan murah untuk pemanasan ketika Gaming 32

Antara tetapan lampu yang boleh anda pilih ialah corak lampu, kelajuan kesan lampu, skema warna dan pilihan warna.

Jika anda merasakan lampu ini tiada sebarang keperluan, anda juga boleh menutup lampu RGB FunCooler ini.

Pengalaman menggunakan kipas Black Shark FunCooler Pro

Sebagai pengguna telefon pintar Apple, kepanasan peranti ketika gaming adalah sesuatu yang tidak asing khususnya bagi peranti yang berusia 1-2 tahun.

ULASAN : Kipas Penyejuk Black Shark FunCooler Pro - penyelesaian mudah dan murah untuk pemanasan ketika Gaming 33
Tanggalkan filem perlindungan sebelum guna

Kesan penyejukan daripada kipas ini ternyata mampu menurunkan suhu peranti seperti yang didakwa iaitu hampir 13°C didalam masa 1 minit sahaja.

ULASAN : Kipas Penyejuk Black Shark FunCooler Pro - penyelesaian mudah dan murah untuk pemanasan ketika Gaming 34

kami telah menghidupkan kipas ini tanpa ianya dipasang pada peranti dan didalam masa beberapa seketika sahaja selepas ianya beroperasi, ternyata pada bahagian panel belakang kipas sudah mula sejuk dengan yang menghasilkan wap air sejuk.

Walaupun penyejukan hanya tertumpu pada satu bahagian iaitu ditengah, ternyata FunCooler Pro berkesan didalam menurunkan kepanasan peranti dengan efektif.

ULASAN : Kipas Penyejuk Black Shark FunCooler Pro - penyelesaian mudah dan murah untuk pemanasan ketika Gaming 26

Dengan menggunakan kipas FunCooler Pro ini, gaming menjadi lebih selesa namun peranti menjadi sedikit berat berbanding sebelum ini.

Jika anda menggunakan peranti yang mempunyai saiz skrin yang kecil seperti iPhone X atau iPhone XS ruang untuk anda memegang peranti selepas memasang kipas FunCooler sedikit terhad.

Bagi peranti Android dan iPhone dengan skrin paparan yang lebih besar, kipas FunCooler Pro ini lebih sesuai digunakan.

ULASAN : Kipas Penyejuk Black Shark FunCooler Pro - penyelesaian mudah dan murah untuk pemanasan ketika Gaming 36

Patut beli atau tidak patut beli Black Shark FunCooler Pro ini?

Sebagai penutup, kami amat mengesyorkan pembelian kipas Black Shark FunCooler Pro ini iaitu khusus bagi pengguna telefon pintar yang tidak hadir dengan apa-apa teknologi penyejukan terbina pada peranti.

Selain memberikan anda prestasi gaming yang lebih optimum dan selesa, penyejukan yang mencukupi juga akan memanjangkan jangka hayat peranti anda secara tidak langsung.

ULASAN : Kipas Penyejuk Black Shark FunCooler Pro - penyelesaian mudah dan murah untuk pemanasan ketika Gaming 37
Dimana anda boleh mendapatkan Black Shark FunCooler Pro ini?

Black Shark FunCooler Pro boleh dimiliki secara eksklusif di stor atas talian rasmi Black Shark di Shopee dengan harga penjualan yang amat kompetitif dan berbaloi iaitu hanya RM 199.

Lawati stor BlackShark di Shopee untuk pembelian.

Maklumat lanjut mengenai Black Shark juga boleh diketahui di Facebook Black Shark Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.