Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Maklumat Spesifikasi Black Shark 6 Series telah didedahkan

Telefon pintar gaming daripada Black Shark sudah semakin hampir untuk melengkapkan kitaran satu tahun selepas Black Shark 5 Series dilancarkan pada bulan Mac tahun lalu.

Ini bermaksud, pelancaran Black Shark 6 Series kian menghampiri namun sehingga kini masih belum ada sebarang pengesahan rasmi daripada syarikat.

Walaubagaimanapun, tipster Digital Chat Station telah mendedahkan spesifikasi telefon pintar ini dan ianya akan dijana cip flagship daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Gen 2 bersama skrin paparan 2K ‘flat’.

Selain itu, Black Shark 6 Series juga akan memiliki sensor utama 64MP IMX686 bersama sensor ultrawide dan sensor telefoto makro.

Seterusnya, Digital Chat Station juga mendakwa BS6 Series ini akan menampilkan pembesar suara stereo, sistem penyejukan terbaik, bateri 5,000mAh bersama pengecasan pantas 120W.

Dalam pada itu, Black Shark 6 Series dijangka akan terdiri daripada beberapa model iaitu
Black Shark 6, Black Shark 6 RS dan Black Shark 6 Pro namun hanya Black Shark 6 dan Black Shark 6 Pro dikatakan akan memasuki pasaran global selang beberapa bulan selepas pelancaran di China.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.