Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Black Shark lancar jam pintar mampu milik di Malaysia – harga serendah RM 149

 

Black Shark secara rasminya telah mengumumkan penawaran tiga model jam pintar mampu milik di Malaysia iaitu Black Shark S1, Black Shark GT, dan Black Shark GT Neo dengan penarafan kalis air dan habuk IP68.

Black Shark S1

Model flagship diantara tiga model ini adalah Black Shark S1 yang memiliki skrin paparan AMOLED 1.43-inci dengan 326ppi, sokongan panggilam Bluetooth, bater 330mAh dengan 10 hari jangka hayat bateri, bacaan kadar degupan jantung, SpO2, GPS, analisis tidur dan kitaran haid.

Black Shark S1 juga menyokong lebih 100 mod kecergasan dan akan ditawarkan pada harga RM 299.

Black Shark GT

Black Shark GT tampil dengan paparan AMOLED 1.78-inco, sokongan panggilan Bluetooth, bater 270mAh yang menawarkan 10 hari penggunaan, bacaan kadar degupan jantung, SpO2, analisis tidur dan kitaran haid.

Black Shark S1 juga menyokong lebih 100 mod kecergasan, GPS pada harga RM 199.

Black Shark GT Neo

Black Shark GT Neo hadir dengan paparan TFT 2.02-inci, sokongan panggilan Bluetooth, bateri 270mAh dengan 7 hari penggunaan, bacaan kadar degupan jantung, SpO2, GPS, analisis tidur dan kitaran haid.

Black Shark GT Neo juga menyokong lebih 100 mod kecergasan dan akan ditawarkan pada harga RM 149.

Daptkan jam pintar ini di stor rasmi Black Shark Malaysia di Shopee :

Black Shark S1 RM 299: https://bit.ly/3OyKitZ

Black Shark GT RM 199: https://bit.ly/3s1OBGA

Black Shark GT Neo  RM 149 (RM99 pada 17 dan 18 Ogos): https://bit.ly/3shJIcs

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.