Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 20 Pro Icelandic Frost kini di Malaysia pada harga RM 2,299

Honor 20 Pro Icelandic FrostHonor Malaysia secara rasminya telah mengumumkan bahawa telefon pintar terbaru Honor iaitu Honor 20 Pro kini akan hadir didalam warna terbaru Icelandic Frost yang berinspirasikan Jokulsarlon Glacier Lagoon di Iceland.

spesifikasi Honor 20 Pro boleh diketahui di sini

Honor 20 Pro

Honor 20 Pro Icelandic Frost ini kini telah mula ditawarkan di Malaysia dengan harga penjualan RM 2.299 iaitu dengan kapasiti RAM 8GB dan 256GB memori dalaman berserta waranti 2 tahun ( bagi pembelian sebelum 30 September).

Honor 20 Icelandic Frost

Honor 20 Pro kini boleh dibeli di semua Honor Experience Store (HES) manakala pembelian di saluran atas talian di hihonor dan Lazada akan bermula pada 23 September dimana setiap pembelian akan turut menerima Honor Band 5 secara percuma.

Selain itu, pada 22 September ini Honor akan membuka Honor Experience Store yang terbaru di Sunway Pyramid dan majlis pelancaran ini akan dihadiri oleh Mira Filzah yang merupakan duta rasmi Honor.

Honor 20 Pro Icelandic Frost Malaysia

Setiap pembelian Honor 20 Pro Icelandic Frost di HES Sunway pada 22 September ini akan menerima Honor Band 5, Honor Body Fat Scale dan Honor Monster Headphone II secara percuma.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.