Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 20 Pro kini di tangga ketiga DxOMark dengan 113 mata

Honor 20 Pro new DxOMark
Honor Malaysia ini telah memperkenalkan Honor 20 Pro warna Icelandic Frost ke pasaran Malaysia baru-baru ini dan ianya ditawarkan pada harga yang sama iaitu RM 2,299.

Selain itu,Mata DxOMark Honor 20 Pro kini telah ditingkatkan sebanyak 2 mata menjadikan jumlah mata keseluruhan Honor 20 Pro di makmal DxOMark adalah 113 mata.

Ini membolehkan Honor 20 Pro kekal di tangga ketiga kedudukan kamera terbaik di pasaran.

Peningkatan dua mata ini adalah disebabkan mekansima ujian DxOMark yang kini mengambil kira fotografi malam dan fotografi kanta lebar.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.