Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 20 Pro hadir dengan teknologi penyejukan Graphene yang eksklusif

Honor 20 Pro Graphene Cooling system Malaysia

Honor 20 Pro yang dilancarkan baru-baru ini sememangnya terkenal dengan kehebatan kamera belakang yang memiliki 4 sensor.

Walaubagaimanapun, kelebihan Honor 20 Pro bukan setakat pada kamera sahaja. Selepas melancarkan Honor View20 dan Honor Play yang membawakan teknologi yang meningkatkan pretasi gaming, Honor 20 Pro juga meneruskan tradisi ini dengan teknologi yang lebih baik.

Honor 20 Pro mampu mengekalkan suhu operasi telefon pintar ini walaupun melalui sesi gaming yang berjam-jam lamanya. Ini menjadi realiti melalui penawaran sistem penyejukan “Graphene”.

Teknologi penyejukan ‘Graphene” yang eksklusif pada peranti Honor dan Huawei ini membolehkan peranti beroperasi pada suhu optimum sepanjang masa.

Kepingan penyejuk Graphene  adalah penyelesaian termal baru yang dapat mengurangkan suhu operasi secara efisien dan memastikan prestasi CPU yang stabil.

Graphene mempunyai kekonduksian haba yang lebih baik berbanding bahan lain iaitu 1.5 kali ganda lebih baik daripada tembaga dan 1.3 kali ganda lebih baik daripada serbuk grafit. Ketika ini, teknologi penyejukan “Graphene“ adalah eksklusif untuk peranti kelas flaghsip yang dikeluarkan oleh Honor dan Huawei sahaja.

Berbanding generasi lain, sistem penyejukan Graphene meningkatkan kadar pelesapan haba sebanyak 27%.

Honor 20 Pro kini ditawarkan di Malaysia dengan harga penjualan RM 2,299 dan pembelian boleh dibuat di hihonor.com/my

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.