Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Qualcomm melancarkan pemproses Snapdragon 855 Plus

Qualcomm Snapdragon 855 Plus

Qualcomm melancarkan pemproses Snapdragon 855 Plus

Pengeluar cip pemproses terkemuka dunia, Qualcomm secara rasminya telah mengumumkan versi terbaru cipset flaghsip terbaru mereka iaitu Snapdragon 855 Plus yang menawarkan kelajuan CPU dan GPU yang lebih tinggi.

Versi Plus ini adalah seperti Snapdragon 845 yang digunakan pada telefon pintar ROG yang mempunyai kelajuan CPU dan GPU lebih baik berbanding telefon pintar dengan cipset Snapdragon 845 yang lain.

Qualcomm juga mendedahkan bahawa telefon pintar yang menggunakan Snapdragon 855 Plus akan dilancarkan sebelum penghujung tahun ini.

Perubahan terbesar dalam SD855 Plus ini adalah pada bahagian pemprosesan grafik yang mana GPU Adreno 640 kini menawarkan 15% peningkatan prestasi berbanding versi bukan Plus.

Selain itu, kelajuan CPU Kyro 485 juga telah dinaikkan ke 2.96GHz dari 2.84GHz pada versi SD855 yang mana ianya 4% lebih pantas.

Snapdragon 855 Plus masih menggunakan modem X24LTE dan boleh juga menyokong model X50 untuk peranti yang ingin menawarkan sokongan rangkaian 5G.

Qualcomm mensasarkan pengunaan cipset ini untuk peranti yang intensif gaming dan aplikasi AR/VR.

Asus ROG Phone 2 akan dilancarkan secara rasmi pada 23 Julai ini

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.