Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus ROG Phone 2 akan dilancarkan secara rasmi pada 23 Julai ini

Asus ROG Phone 2 akan dilancarkan secara rasmi pada 23 Julai ini

ASUS ROG Phone 2 akan dilancarkan secara rasmi pada 23 Julai ini

Telefon pintar Gaming Asus ROG Phone 2 sebelum ini telah disahkan kewujudanya dan ianya juga telah diberikan jaminan akan ditawarkan di Malaysia.

Asus kini nampaknya telah mengesahkan bahawa ROG Phone 2 akan dilancarkan secara rasmi pada 23 Julai ini dan pengesahan ini telah dikeluarkan melalui akaun rasmi Asus di laman media sosial china iaitu Weibo.

ROG Phone 2 yang akan menggantikan ROG Phone dijangka akan memiliki skrin paparan 120Hz yang mana ianya adalah seperti skrin Razer Phone 2 dan lebih baik berbanding skrin 90Hz pada ROG Phone.

Buat masa ini tidak banyak maklumat mengenai telefon pintar gaming terbaru Asus ini diketahui namun ianya dijangka akan hadir dengan sokongan pengecasan pantas 30W.

Walaubagaimanapun informasi ini tidak lah sesuatu yang mengejutkan memandangkan ROG Phone juga hadir dengan teknologi pengecasan pantas yang sama.

Selain daripada itu, kita mungkin juga menyaksikan ROG Phone 2 hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 855 yang ditala untuk menawarkan prestasi yang lebih baik.

Pada majlis pelancaran Asus ROG Phone 2 ini, kita juga mungkin menyaksikan Asus memperkenalkan beberapa aksesori khas gaming untuk telefon pintar ini dan kami yakin aksesori generasi pertama ROG Phone turut boleh diguna pada ROG Phone 2.

ROG Phone 2 dijangka hadir dengan skrin 120Hz dan pengecasan pantas 30W

Sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.