Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Spesifikasi pemproses Snapdragon 845 diumumkan – 25% lebih pantas


Seperti yang kami laporkan, Qualcomm secara rasminya telah mengeluarkan spesfikasi penuh pemproses Qualcomm Snapdragon 845 mereka yang terbaru selepas mengesahkan kewujudan pemproses ini semalam.

Pemproses Qualcomm Snapdragon 845 ini akan hadir dengan CPU 8-teras berkelajuan sehingga 2.8GHz, unit GPU yang baru, platform AI yang berasaskan Hexagon 685 DSP.

8 teras CPU ini adalah Kyro 385 yang menawarkan peningkatan prestasi sebanyak 25% berbanding generasi sebelum ini manakala GPU Adreno 630 yang baru menawarkan 30% grafik yang lebih pantas dalam masa yang sama 30% lebih eifisen tenaga.

GPU ini juga menyokong VR dan AR didalam permainan video seperti pengesan gerakan mata, gerakan tangan dan banyak lagi.

Kelajuan muaturun boleh mencapai 1,200Mbps atau 1.2GB dengan penggunaan model X20 dan terdapat juga penambahbaikan bagi sokongan Bluetooh 5.0

Qualcomm Snapdragon 845 akan mula ditawarkan kepada pengeluar mulai awal tahun 2018 dan Lei Jun yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Xiaomi telah mengesahkan bahawa Xiaomi Mi 7 akan menjadi antara telefon pintar pertama ini dipasaran dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 845 ini.

Bercakap mengenai teknologi pengecasan, Snapdragon 845 hadir dengan sokongan Qualcomm Quick Charge 4.0+ yang menawarkan kelajuan pengecasan pantas iaitu 50% didalam 15 minit sahaja.

Walaubagaimanapun, penghormatan sebagai telefon pintar pertama di pasaran dengan pemproses Snapdragon 845 ini mungkin diberikan kepada siri Samsung Galaxy S yang akan memasuki generasi ke-9 tahun hadapan.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.