Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Miliki Oppo F11 Pro pada bayaran bulanan RM 42 melalui pelan Digi Freedom 365

Oppo F11 Pro telah mula dijual dipasaran Malaysia dengan harga penjualan RM 1,299 yang mana antara ciri menarik telefon pintar ini adalah kamera 48MP yang mampu mengambil gambar portrait dan mod malam yang sangat baik.

Jika anda ingin memiliki telefon pintar Oppo F11 Pro tanpa bayaran pendahuluan, Digi kini menawarkan Oppo F11 Pro melalui pelan Phone Freedom 365 yang membolehkan anda memiliki telefon pintar terbaru Oppo dengan bayaran bulanan serendah RM 42 sahaja iaitu melalui langganan pelan Digi Postpaid 80.

Antara kelebihan pelan Digi Freedom 365 adalah tidak perlu membayar pendahuluan, O% faedah, perlindungan peranti Digi Sheild 365 dan banyak lagi.

Oppo F11 Pro dengan kamera 48MP+5MP dilancarkan secara rasmi pada harga RM 1,399 sahaja

Selain itu, dengan membeli Oppo F11 Pro melalui pelan Digi ini, anda juga akan menerima satu tahun waranti tambahan dan satu tahun perlindungan skrin secara percuma.

Secara keseluruhan kos pemilikan Oppo F11 Pro bagi tempoh 24 bulan ini adalah RM 1,008 sahaja (RM 42 x 24 bulan) iaitu lebih rendah berbanding harga penjualan terkini iaitu RM 1,299.

Oppo F11 Pro ini ditawarkan didalam dua warna iaitu ungu gradiasi dan hijau gradiasi.

Maklumat lanjut mengenai pelan Digi boleh anda baca di Sini

Comments

comments