Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo Malaysia mendedahkan kebolehan sebenar pemproses Snapdragon 710 yang digunakan pada Oppo R17 Pro

Oppo Malaysia telah menganjurkan satu perjumpaan media khas yang memberikan kami pendedahan terhadap kebolehan dan ciri-ciri pemproses Qualcomm Snapdragon 710 dengan lebih mendalam.

Pemproses Snapdragon 710 telah pertama kali diperkenalkan ke pasaran Malaysia melalui telefon pintar Oppo R17 Pro yang memasuki pasaran Malaysia pada bulan November 2018.

Siri 700 daripada Qualcomm ini adalah siri cip pemprosesan yang diposisikan dibawah siri 800 dan siri 700 ini dilihat sebagai siri yang menawarkan teknologi pemprosesan premium pada harga yang lebih berpatutan.

Arkitektur dan kelebihan yang dimiliki oleh pemproses Snapdragon 710 telah membolehkan Oppo menawarkan kuasa dan pretasi terbaik pada Oppo R17 Pro.

Pemproses Snapdragon 710 yang digunakan pada Oppo R17 Pro adalah berdasarkan pemprosesan 10nm yang sangat eifisen tenaga.

Pemproses Snapdragon 710 memiliki modem X15 LTE yang menawarkan kelajuan muat turun sehingga 800Mbps, teknologi LAA dan 4×4 MIMO.

 

Selain itu, pemproses Snapdragon 710 yang digunakan pada Oppo R17 Pro ini juga memiliki sokongan penuh AI iaitu 2.5 kali lebih baik berbanding Snapdragon 660, pemproses imej Qualcomm Spectra 250, unit pemrosesan grafik Adreno 616 yang menjanjikan 35% peningkatan prestasi berbanding generasi GPU Adreno sebelum ini.

Dengan pengunaan pemproses Snapdragon 710, pengguna Oppo R17 Pro akan menikmati 

1. pelayaran laman web 25% lebih pantas

2. pembukaan aplikasi 15% lebih pantas

3. 20% peningkatan prestasi

4. pengunaan tenaga ketika gaming dan rakaman video 4K pada kadar 40% lebih rendah 

5. pengunaan tenaga ketika penstriman videk 20% lebih rendah

Oppo R17 Pro dengan pemproses Snapdragon 710 yang hebat ini kini ditawarkan pada harga penjualan RM 2,699 di semua kedai konsep Oppo atau secara atas talian  di Lazada, Shopee, Celcom Blue Cube, Senheng dan SenQ.

Comments

comments