Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo F11 Pro dengan kamera selfie popup dan kamera 48MP+5MP akan dilancarkan di Malaysia 19 Mac ini

Oppo F11 Pro dengan kamera selfie popup dan kamera 48MP+5MP akan dilancarkan di Malaysia 19 Mac ini 1

Oppo telah mengesahkan bahaa Oppo F11 Pro akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 19 Mac ini.

Pelancaran Oppo F11 Pro ke pasaran Malaysia menyusul selepas model ini dilancarkan di pasaran India bersama-sama Oppo F11.

Oppo F11 Pro dengan kamera selfie popup dan kamera 48MP+5MP akan dilancarkan di Malaysia 19 Mac ini 2

Oppo F11 Pro hadir dengan skrin paparan ‘panoramic’ IPS LCD FHD+ berukuran 6.53-inci (Oppo dakwa skrin ini ada RAM sendiri untuk jimatkan tenaga) , pemproses MediaTek Helio P70, bateri berkapasiti 4,000mAh dengan pengecasan pantas Oppo VOOC 3.0 yang mana pengecasan penuh hanya mengambil masa 80 minit namun ianya hadir dengan slot microUSB.

Oppo F11 Pro hadir dengan 6GB RAM dengan memori dalaman 64GB.

Oppo F11 Pro dengan kamera selfie popup dan kamera 48MP+5MP akan dilancarkan di Malaysia 19 Mac ini 3

Bercakap mengenai kamera pula, Oppo F11 dan F11 Pro hadir dengan kamera utama 48MP dengan aperture f/1.79 selain kamera ‘pengesan kedalaman’ 5MP dengan f/2.4 .

Oppo F11 Pro dengan kamera selfie popup dan kamera 48MP+5MP akan dilancarkan di Malaysia 19 Mac ini 4

Kamera ini hadir dengan sokongan pengambilan gambar waktu malam Ultra Night, pengesan adengan AI,  Color Mapping dan tidak lupa kamera selfie 16MP f/2.0 yang hadir dengan mekanisma pop-up.

Segala maklumat penuh mengenai spesifikasi, harga dan tarikh penjualan Oppo F11 Pro akan kami laporkan di mobilefokus.com.

Selain itu, Redmi Note 7 juga akan dilancarkan di Malaysia 19 Mac

Oppo F11 dan Oppo F11 Pro dilancarkan secara rasmi dengan kamera selfie pop-up dan kamera belakang 48MP+ 5MP

Vivo V15 Pro dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 1,799 dan percuma Dron DJI

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.