Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus ZenFone Max M2 dilancarkan secara rasmi dengan harga RM 699 sahaja

Asus secara rasminya telah melancarkan Asus ZenFone Max M2 yang hadir ke pasaran dengan harga penjualan yang sangat berpatutan.

Terjun terus kepada spesifikasi, Asus ZenFone Max M2 hadir dengan skrin paparan HD+ All Display berukuran 6.3-inci dengan nisbah skrin kepada rangka 88%.

Selain itu, Asus ZenFone Max M2 juga merupakan telefon pintar pertama Asus untuk hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 632 yang 40% lebih berpretasi, Adreno 506, 4GB RAM, 32GB memori dalaman dan bateri berkapasiti 4,000mAh.

Menyentuh mengenai kamera pula, ZenFone Max M2 ini memiliki kamera utama 13MP f/1.8 yang turut hadir dengan AI Photography dan turut dipadankan dengan satu sensor 2MP. Kamera swafoto ZenFone Max M2 adalah unit 8MP.

Asus ZenFone Max M2 ini juga hadir dengan sensor capjari pada panel belakang, sokongan rakaman video 4K, slot tri-SIM, Bluetooth 4.2, pembesar suara 5 magnet yang 40% lebih lantang dan sistem operasi Android Oreo yang asli.

Asus ZenFone Max M2 akan mula ditawarkan pada 15 Januari 2019 dengan harga penjualan istimewa sempena pelancaran iaitu hanya RM 599 berbanding harga asal RM 699.

Maklumat lanjut Asus ZenFone Max M2 boleh diketahui di SiNi

Pembelian Asus ZenFone Max M2 ini boleh dibuat di Lazada dengan menekan pautan dibawah :

Asus ZenFone Max M2 Lazada

 

Comments

comments