Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

6 Sebab Kenapa Realme C1 Diberikan Gelaran Telefon Pintar Gergasi Kelas ‘Entry-Level’

Realme C1 adalah telefon pintar yang hangat diperkatakan sejak pelancaran telefon pintar Realme di Malaysia sejak awal bulan November yang lalu.

Apa yang hebat sangat dengan Realme C1 ini?, Realme baru sahaja telah mengumumkan bahawa Realme C1 hadir dipasaran dengan kebolehan untuk menawarkan lebih daripada apa yang satu telefon pintar mampu milik boleh lakukan.

Realme telah membawa prinsip unik ‘Power Meets Style’ sejak pelancaran pertama mereka di pasaran India sebagai jenama induk Oppo. Walaubagaimanapun, Realeme adalah lebih daripada mewarisi gen Oppo.

Di kenali sebagai ‘gergasi telefon pintar entry-level’, sebanyak 1,000 unit Realme C1 telah disambar oleh pengguna di Malaysia ketika penjualan pertama di Lazada dan C1 membuktikan bahawa penjualan pertama bukanlah sesuatu yang olok-olok dengan 700 unit Realme C1 berjaya dijual didalam masa 30 minit sahaja.

Berikut adalah 6 sebab kenapa C1 adalah telefon pintar gergasi ‘entry-level’.

Skrin paparan Mega

sebagai telefon pintar pertama dengan skrin paparan yang mempunyai takukan pada segmen harga iini, Realme C1 ini memiliki skrin paparan HD+ 19:9 berukuran 6.2-inci dengan resolusi 750 x 1520 yang memberikan nisbah skrin kepada badan 88.8%.

Nisbah skrin 19.9 ini memberikan pengguna panel skrin yang ideal untuk menikmati kandungan mulitmedia seperti filem dan permainan video.

Bateri Mega

Mengkuatkuasakan Realme C1 adalah bateri berkapasiti 4,230mAh yang mampu menawarkan 18 jam pendengaran muzik menggunakan Wi-Fi, 15 jam tontonan video dan 10 jam permainan video yang intensif.

Pemproses Qualcomm Snapdragon 450 CPU 8-teras

Realme C1 hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 450 yang meningkatkan penghasilan grafik sebanyak 25% dan pada masa yang sama 30% lebih efisen. ianya dipadankan dengan 2GB RAM dan 16GB memori simpanan dalaman yang mana anda juga boleh menambahnya dengan slot microSD.

Dwi-kamera AI

Realme C1 hadir dengan teknologi dwi-kamera yang dilengkapi mod bokeh sebenar. Pada tahap harga seperti ini, adalah menakjubkan untuk difikirkan bahawa Realme C1 ini hadir dengan teknologi kamera 13MP + 2MP.  Selain itu, bagi selfie pula, Realme C1 memiliki sensor 5MP yang hadir dengan mod selfie special dan AI Beauty yang memberikan sentuhan terbaik bagi selfie anda.

Reka bentuk yang berkilau

Dari segi penampilan, Realme C1 hadir dengan reka bentuk panel belakang yang berkilau dengan panel luaran terhasil daripada 12 lapisan gelas Corning Gorilla yang turut dilindungi dengan bahan komposit nano.

Harga tidak logik

Sejak pelancaran pada awal bulan in, Realme C1 telah mendapat sambutan yang sangat menggalakan khususnya kerana spesifikasi peranti yang sangat baik pada harga sekitar RM 449 sahaja.

Realme C1 telah membawa persaingan didalam kelas ‘entry-level’ ke satu tahap yang baru sesuai dengan reputasi telefon pintar ini sebagai ‘gergasi entry-level’.

Jika anda tidak tahu, Realme C1 akan ditawarkan pada harga yang lebih berpatutan iaitu hanya RM 399 dan penjualan khas ini akan berlangsung secara eksklusif di Lazada pada 10 Disember ini ( 12 tengah malam).

Realme C1 ini akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu hitam dan biru.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Realme C1 di Lazada, sila layari pautan ini > Realme C1 Lazada

 

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.