Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Penjualan Honor #Fansgiving kembali dengan diskaun dan promosi yang menarik

Kempen penjualan Honor #fansgiving 2018 kembali dengan diskaun dan promosi yang lebih menarik.

Pada 26 sehingga 28 November ini, Honor akan mengadakan penjualan besar-besaran selama 72 jam dengan diskaun menarik bagi beberapa telefon pintar terbaru Honor.

Honor 10 akan ditawarkan pada harga RM 1,269 dan akan turut menerima bauchar Hihonor RM 50 dan bekas flip Honor 10 secara percuma.

Selain itu, Honor 9 Lite pula akan ditawarkan pada harga RM 599 manakala Honor 7X akan ditawarkan pada harga RM 679 dengan pembelian bagi kedua-dua ini akan menerima bauchar Hihonor bernilai RM 30.

Selain itu, Honor Malaysia turut mengadakan pertandingan pusing dan menang di laman rasmi Honor dengan pelbagai diskaun dan hadiah menarik untuk dimenangi termasuk Honor Play – Player Edition (merah), Honor 7s, kredit Touch N’ Go bernilai sehingga RM 30.

Peraduan pusing dan menang ini berlangsung dari 21 sehingga 28 November 2018.

Honor Malaysia turut mengadakan satu peraduan khas yang membolehkan anda memenangi satu unit Honor Play – Player Edition x Audi Sports LMS secara percuma (jika Laman FB Honor mencapai 700,000 sukaan).

Anda hanya perlu like laman FB Honor Malaysia

kongsi Post ini dan tag tiga rakan anda dengan hashtag #700KHONORFans (pemenang akan dipilih secara rawak pada 1 Disember 2018).

layari laman sesawang rasmi Hihonor untuk maklumat lanjut mengenai promosi Honor #Fansgiving 2018 ini.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.