Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor View 20 dengan sensor kamera 48MP Sony IMX586 akan dilancarkan pada 22 Januari 2019

Honor Malaysia telah mengumumkan bahawa Honor View 20 akan dilancarkan secara rasmi pada 22 Januari 2019 yang menjadikanya sebagai telefon pintar pertama didunia untuk hadir dengan kamera terbina pada skrin.

Ianya adalah teknologi skrin yang mempunyai satu lubang pada skrin yang menempatkan modul kamera sama seperti teknologi skrin Infinity-O yang diperkenalkan oleh Samsung (potongan lubang untuk kamera adalah bersaiz 4.5mm sahaja).


Sony melancarkan sensor kamera telefon pintar 48MP pertama didunia

Selain itu, Honor View 20 juga telah disahkan akan hadir dengan teknologi kamera 48MP Sony IMX586 yang mana ianya hanya menggunakan satu sensor dengan teknologi light fusion 4 dalam 1 dan 4 sensor HDR.

Kamera 48Mp Sony ini juga dikatakan mampu mengambil gambar ‘low-light’ 12MP yang lebih kurang ganguan dan kekaburan pada waktu cahaya yang lebih rendah.

 

Honor View 20 ini akan turut hadir dengan pemproses Kirin 980 dengan dwi-NPU, teknologi Link Turbo yang menggabungkan WiFi dan 4G LTE.

Honor View 20 akan dilancarkan di Paris, Perancis pada 22 Januari manakala pelancaran di China akan berlangsung pada 26 Disember ini dan ianya akan dikenali sebagai Honor V20 di pasaran China.

Selepas pelancaran rasmi pada 22 Januari, kami yakin Malaysia akan menjadi antara negara terawal untuk menerima telefon pintar utama Honor didalam siri View ini.

Bercakap mengenai harga penjualan, Honor View 20 ini dijangka akan hadir dengan harga penjualan sekitar RM 1,800- RM 2,200.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.