Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus ZenFone Max Pro M2 akan dilancarkan di Malaysia pada 11 Disember 2018

Beberapa hari lalu kami telah melaporkan mengenai spesifikasi Asus ZenFone Max Pro M2 dan ZenFone Max M2 yang telah mula diketahui sebelum pelancaran rasmi.

Spesifikasi Asus ZenFone Max Pro M2 dan ZenFone Max M2 telah didedahkan

Kini, Asus Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa Asus ZenFone Max Pro M2 akan dilancarkan pada 11 Disember ini.

ZenFone Max Pro M2 akan hadir sebagai pengganti kepada ZenFone Max Pro M1 yang mendapat sambutan menggalakan khususnya kerana penjualan yang amat berpatutan.

Seperti Max Pro M1, Asus memfokuskan kepada penawaran gaming pada Max Pro M2 dan melalui poster teaser, Asus dilihat mensasarkan untuk memberi cabaran sengit kepada telefon pintar yang dikeluarkan oleh Xiaomi.

Menyentuh mengenai spesifikasi Asus ZenFone Max Pro M2, ianya dijangka akan hadir skrin paparan FHD+ berukuran 6.0-inci, pemproses Snapdragon 660, 4GB RAM dan dua kapasiti memori dalaman iaitu 64GB atau 128GB (versi 6GB RAM mungkin ditawarkan dipasaran Malaysia).

Asus ZenFone Max Pro M2 dijangka akan ditawarkan di Lazada dan kita mungkin menyaksikan telefon pintar ini ditawarkan pada harga penjualan istimewa.

Maklumat penuh spesifikasi dan harga penjualan akan kami berikan kepada anda pada 11 Disember nanti.

Sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.