Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus ZenFone 5Z akan menerima Android 9.0 Pie Pada Januari 2019

Telefon pintar flagship Asus bagi tahun 2018 iaitu Asus ZenFone 5Z adalah telefon pintar dengan pemproses Snapdragon 845 termurah dipasaran Malaysia ketika itu.

Walaupun sudah beberapa bulan dipasaran, Asus ZenFone 5Z masih boleh dianggap sebagai antara telefon pintar dengan nilai belian terbaik.

ZenFone 5Z boleh juga dianggap sebagai antara model yang telah sedikit sebanyak mengembalikan reputasi Asus sebagai antara syarikat pengeluar telefon pintar terbaik didunia.

Bagi pemilik Asus ZenFone 5Z, berita baik untuk anda adalah, Asus telah mengesahkan bahawa kemaskini Android Pie dijangka akan tiba kepada telefon pintar ini sekitar pertengahan bulan Januari 2019.

Asus turut mendedahkan bahawa kemaskini Android 9.0 Pie ini dijangka tiba secara automatik (melalui OTA) kepada semua pemilik ZenFone 5Z didalam masa seminggu selepas kemaskini mula ditawarkan.

Selain itu, anda juga boleh menyemak kemaksini Android Pie ini secara manual dengan melakukan langkah ini : Settings -> System -> System Update

Asus ZenFone 5Z kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 1,699 sahaja iaitu bagi versi 6GB+128GB manakala versi 8GB+256GB pula ditawarkan pada harga RM 2,299.

Beli Asus ZenFone 5Z melalui Lazada diĀ Stor Rasmi Asus Malaysia

https://mobilefokus.com/2018/07/30/ulasan-asus-zenfone-5z-telefon-pintar-flagship-dengan-pemproses-snapdragon-845-termurah-dipasaran/

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.