Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pocophone F1 dilancarkan secara rasmi dengan harga dari RM 1,230 sahaja

Pocophone F1 dilancarkan secara rasmi dengan harga dari RM 1,230 sahaja 1

Xiaomi secara rasminya telah melancarkan telefon pintar yang telah mencuri tumpuan sejak beberapa bulan lalu.

Pocophone F1 dibawah jenama Poco adalah telefon pintar tersebut dan ianya hadir dengan reputasi sebagai telefon pintar dengan pemproses Snapdragon 845 termurah dipasaran.

Pocophone F1 dilancarkan secara rasmi dengan harga dari RM 1,230 sahaja 2

Pocophone F1 atau Poco F1 hadir dengan spesikasi kelas flagship pada harga penjualan INR 20,999 mengulangi kembali pencapaian OnePlus One beberapa tahun lalu.

Pocophone F1 hadir dengan skrin paparan LCFD 18:7:9 berukuran 6.18-inci yang mempunyai resolusi FHD+ (2246 x 1080). Panel hadapan Pocophone F1 adalah gelas sepenuhnya tanpa sebarang butang fizikal dan turut dilindungi gelas keselamatan Corning Gorilla ( tiada maklumat generasi yang mana).

Pocophone F1 dilancarkan secara rasmi dengan harga dari RM 1,230 sahaja 3

Pocophone F1 hadir dengan pemproses Snapdragon 845 yang dipadankan dengan GPU Adreno 630, dua kapasiti RAM iaitu 6GB dan 8GB selain tiga storan dalaman iaitu 64GB,128GB dan 256GB.

Pocophone F1 dilancarkan secara rasmi dengan harga dari RM 1,230 sahaja 4

Beralih kepada bahagian kamera, Poco F1 memiliki tetapan dwi-kamera yang sama seperti pada Mi 8 SE iaitu sensor 12MP Sony IMX363 dan satu sensor 5MP.

Pocophone F1 dilancarkan secara rasmi dengan harga dari RM 1,230 sahaja 5

Bercakap mengenai kamera hadapan yang dimiliki Pocophone F1 ini, ianya adalah unit kamera 20MP yang mempunyai aperture f/2.0.

Kamera ini diletakkan dibahagian notch Pocophone F1 bersama-sama sensor inframerah dan satu lensa khas untuk membaca isyarat yang dipantulkan dari wajah ( untuk face unlock).

Pocophone F1 juga memiliki bateri berkapasiti 4,000mAh (melalui USB Type-C) yang menyokong pengecasan pantas QuickCharge 3.0 dan pengecas ini turut disertakan bersama peranti.

Pocophone F1 dilancarkan secara rasmi dengan harga dari RM 1,230 sahaja 6

Poco F1 hadir dengan MIUI 9.6 yang telah diubah suai dan dikenali sebagai MIUI for Poco yang berasaskan Android Oreo dan pembesar suara stereo

Pocophone F1 juga hadir dengan teknologi penyejukan cecair yang dikenali sebagai LiquidCool yang akan membantu mengekalkan suhu Poco F1 pada tahap yang selesa khususnya ketika aktiviti gaming.

 Pocophone F1 dilancarkan secara rasmi dengan harga dari RM 1,230 sahaja 7

Pocophone F1 akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Hitam, biru dan Merah selain satu lagi edisi khas yang dikenali sebagai Armored Edition dengan panel belakang kevlar.

Berikut adalah harga Pocophone F1 di India :

Poco F1 6GB/64GB – INR 20,999 – RM 1,230

Poco F1 6GB/128GB – INR 23,999 – RM 1,405

Poco F1 8GB/256GN – INR 28,999 – RM 1,698

Pocophone F1 dilancarkan secara rasmi dengan harga dari RM 1,230 sahaja 8

Maklumat harga dan penjualan antarabangsa akan diumumkan pada 27 Ogos di majlis pelancaran khas yang akan berlangsung serentak di Jakarta, Paris dan Hong Kong.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.