Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pocophone F1 akan mula ditawarkan di Malaysia 30 Ogos ini dengan harga dari RM 1,237

Xiaomi telah memgumumkan bahawa Pocophone F1 akan mula ditawarkan di Malaysia 30 Ogos ini pada harga penjualan yang bermula dari RM 1,237 sahaja.

Pocophone F1 dibawah jenama Poco adalah telefon pintar tersebut dan ianya hadir dengan reputasi sebagai telefon pintar dengan pemproses Snapdragon 845 termurah dipasaran.

Pocophone F1 hadir dengan skrin paparan LCFD 18:7:9 berukuran 6.18-inci yang mempunyai resolusi FHD+ (2246 x 1080). Panel hadapan Pocophone F1 adalah gelas sepenuhnya tanpa sebarang butang fizikal dan turut dilindungi gelas keselamatan Corning Gorilla ( tiada maklumat generasi yang mana).

Pocophone F1 hadir dengan pemproses Snapdragon 845 yang dipadankan dengan GPU Adreno 630, dua kapasiti RAM iaitu 6GB dan 8GB selain tiga storan dalaman iaitu 64GB,128GB dan 256GB.

Beralih kepada bahagian kamera, Poco F1 memiliki tetapan dwi-kamera yang sama seperti pada Mi 8 SE iaitu sensor 12MP Sony IMX363 dan satu sensor 5MP.

Bercakap mengenai kamera hadapan yang dimiliki Pocophone F1 ini, ianya adalah unit kamera 20MP yang mempunyai aperture f/2.0.

Kamera ini diletakkan dibahagian notch Pocophone F1 bersama-sama sensor inframerah dan satu lensa khas untuk membaca isyarat yang dipantulkan dari wajah ( untuk face unlock).

Pocophone F1 juga memiliki bateri berkapasiti 4,000mAh (melalui USB Type-C) yang menyokong pengecasan pantas QuickCharge 3.0 dan pengecas ini turut disertakan bersama peranti.

Poco F1 hadir dengan MIUI 9.6 yang telah diubah suai dan dikenali sebagai MIUI for Poco yang berasaskan Android Oreo dan pembesar suara stereo

Pocophone F1 juga hadir dengan teknologi penyejukan cecair yang dikenali sebagai LiquidCool yang akan membantu mengekalkan suhu Poco F1 pada tahap yang selesa khususnya ketika aktiviti gaming.

Berikut adalah harga Pocophone F1 di Malaysia  :

Poco F1 6GB/64GB – RM 1,237 (RM 1,299 termasuk SST)

Poco F1 6GB/128GB –  RM 1,428 (RM 1,499 termasuk SST)

Pocophone F1 versi 8GB dengan 256GB memori simpanan dalaman tidak ditawarkan buat masa ini.

Penjualan akan bermula secara eksklusif di Lazada Malaysia pada 30 Ogos ini dan terdapat juga penjualan khas di Mi Store Mid Valley dimana 200 pembeli pertama akan menerima Mi Sports Bluetooth Earphone dan game holder secara percuma.

Harga selepas SST akan diimplentasi selepas 10 September 2018.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.