Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Poco F5 Series akan dilancarkan secara rasmi pada 9 Mei ini

Poco F5 Series akan dilancarkan secara rasmi pada 9 Mei ini 3

Poco secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar Poco F5 Series akan dilancarkan dipentas global pada 9 Mei ini.

Poco F5 Series akan menyaksikan syarikat ini memperkenalkan dua model iaitu Poco F5 dan Poco F5 Pro yang mana kedua model ini dilihat akan tampil sebagai model telefon pintar Xiaomi yang dijenama semula dibawah kulit Poco.

Poco F5 Pro

Poco F5 dikatakan akan tampil sebagai versi antarabangsa Redmi 12 Turbo  yang dijana cip Snapdragon 7+ Gen 2 manakala Poco F5 Pro adalah versi antarbangsa Redmi K60 yang dijana cip Snapdragon 8+ Gen 1.

Apa pun segala persoalan mengenai Poco F5 Series akan terjawab pada 9 Mei ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.