Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pocophone F1 akan dilancarkan secara rasmi pada 22 Ogos ini

Pocophone F1 daripada Xiaomi adalah telefon pintar yang menjadi sebutan ramai dan telefon pintar telah disahkan akan hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 845.

Pocophone kini telah mengesahkan bahawa pelancaran rasmi pertama telefon pintar Pocophone F1 akan berlangsung di India pada 22 Ogos ini.

Dengan pelancaran Pocophone F1 di pasaran India, kita akan mengetahui secara rasmi kebolehan dan spesifkasi sebenar telefon pintar ini.

Pocophone F1 akan dilancarkan secara rasmi sebagi peranti Snapdragon 845 termurah

Selain pemproses Snapdragon 845, Pocophone F1 dijangka akan hadir dengan teknologi dwi-kamera dibahagian belakang (12MP + 5MP), kamera selfie 20MP, teknologi penyejukan berasaskan cecair dan bateri berkapasiti 4,000mAh dengan QuickCharge 3.0.

Pocophone F1 juga akan hadir dengan dua kapasiti RAM iaitu 6GB dan 8GB dengan tiga kapasiti storan dalaman iaitu 64GB,128GB dan 256GB.

Kejayaan telefon pintar ini sudah pastinya bergantung kepada harga penjualan yang akan ditetapkan anda indikasi awal memberikan kita petunjuk bahawa harga penjualan telefon pintar adalah amat kompetitif.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.