Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus ZenFone Max Pro M1 versi 4GB/64GB kini ditawarkan pada harga RM 849

Asus ZenFone Max Pro (M1) boleh dikatakan sebagai antara telefon pintar mampu milik paling hangat dipasaran dengan stok bagi telefon pintar ini sentiasa terhad sejak pelancaranya ke pasara Malaysia pada penghujung bulan Mei yang lalu.

Asus ZenFone Max Pro M1 sebelum ini ditawarkan didalam versi 3GB/32GB dengan harga penjualan RM 649 (turut ditawarkan pada harga RM 599 melalui penjualan kilat) dan kini versi 4GB/64GB telah disahkan penjualanya di sini.

ULASAN: Asus ZenFone Max Pro M1 – Telefon Pintar Mampu Milik Terbaik Di Pasaran

Versi 4GB/64GB mempunyai spesifikasi yang sama seperti Asus ZenFone Max Pro M1 versi 3GB/32GB kecuali pada bahagian kamera dimana pada bahagian belakang, ianya hadir dengan kamera 16MP + 5MP manakala kamera selfie adalah 5MP.

Asus ZenFone Max Pro M1 versi 4GB/64GB ini kini boleh dibeli pada harga RM 849 melalui wakil penjual sah produk Asus dan juga di Lazada.

 

Comments

comments