Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pendaftaran Minat Telefon Pintar Gaming Asus ROG kini dibuka di Malaysia

Pendaftaran Minat Telefon Pintar Gaming Asus ROG kini dibuka di Malaysia 1

Telefon pintar kelas gaming terbaik didunia daripada Asus iaitu Asus ROG nampaknya bakal memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Asus ROG Phone dengan warranti rasmi daripada Asus Malaysia kini telah dibuka untuk pendaftaran minat oleh Directd tanpa sebarang maklumat harga dan tarikh diberikan.

Berdasarkan borang pendaftaran minat telefon pintar Asus ROG ini, ianya dijangka akan ditawarkan didalam dua kapasiti storan dalaman iaitu UFS 2.1 128GB dan UFS 2.1 512GB.

Pendaftaran Minat Telefon Pintar Gaming Asus ROG kini dibuka di Malaysia 2

Bercakap mengenai spesifikasi, Asus ROG Phone ini hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 845 yang telah menerima kelajuan CPU tambahan iaiti sehingga 2.96GHz berbanding kelajuan biasa 2.8GHz dan ditawarkan dengan 8GB RAM

Selain itu, Asus ROG phone juga hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.0-inci (2160 x 1080p) yang menyokong HDR dan mempunyai nisbah 90Hz yang didakwa sebagai skrin paparan AMOLED paling pantas pada telefon pintar.

Pendaftaran Minat Telefon Pintar Gaming Asus ROG kini dibuka di Malaysia 3

 

Selain itu, Asus ROG Phone juga hadir dengan kombinasi kamera yang sama seperti pada Asus ZenFone 5 iaitu dwi-kamera 12MP + 8MP dibahagian belakang dan kamera selfie 8MP.

Pada bahagian belakang, Asus ROG phone menempatkan sensor capjari dan logo ROG yang hadir dengan lampu RGB yang boleh diprogram mengikut citarasa anda melalui satu aplikasi yang terbina pada peranti.

Pendaftaran Minat Telefon Pintar Gaming Asus ROG kini dibuka di Malaysia 4

Anda juga boleh berkongsi tetapan ini melalui dengan produk yang menyokong Asus Aura Sync iaitu sehingga 5 peranti ROG.

Selain itu, Asus ROG Phone juga hadir dengan tiga slot USB-C iaitu satu dibahagian bawah dan dua dibahagian kiri.

Tujuan Asus ROG Phone ini memiliki sehingga tiga slot USB-C adalah anda boleh mengecas peranti anda ketika sedang bermain tanpa kable pengecasan menganggu konsentrasi anda. Selain itu, slot ini juga boleh digunakan untuk menghubungkan aksesori tambahan ROG Phone.

Pendaftaran Minat Telefon Pintar Gaming Asus ROG kini dibuka di Malaysia 5

 

Selain itu, Asus ROG Phone juga hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh yang turut menyokong pengecasan pantas Asus HyperCharge yang mana Asus telah memindahkan cip pengecasan dari peranti kepada adapter bagi mengurangkan kepanasan pada peranti ( pengecasan ke tahapa 80% didalam masa sejam).

Pendaftaran Minat Telefon Pintar Gaming Asus ROG kini dibuka di Malaysia 6

Selain itu terdapat juga sistem penyejukan yang dikenali sebagai “3D Vapor chamber cooling system” yang meliputi keseluruhan peranti.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan telefon pintar Asus ROG ini, anda boleh melakukan pendaftaran minat di sini

Sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.