Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pembayaran e-wallet Razer Pay dilancarkan secara rasmi di Malaysia

Razer , pengeluar peranti gaming terkemuka dunia secara rasminya telah melancarkan sistem pembayaran e-wallet di Malaysia yang dikenali sebagai Razer Pay.

Ianya adalah pelancaran global pembayaran e-wallet Razer Pay ini dan adalah hasil kerjasama Razer Inc. dan Berjaya Corporation Berhad.

Razer Pay adalah penjenamaan semula One2Pay yang dimiliki oleh Berjaya Corporation Berhad.

Penambahan Razer Pay boleh dilakukan di semua stor 7-Eleven (2240 stor seluruh Malaysia) dan melalui perbankan internet melalui bank-bank terkemuka seperti AmBank, Bank Islam, Hong Leong, CIMB, Maybank, Public Bank dan RHB Bank.

Ketika pelancaran, Razer Pay menyokong lebih 6,000 stor termasuk 99 Speedmart, Singer, Cosway, Starbucks dan banyak lagi.

Selain itu, Berjaya Corporation telah mengesahkan akan menderma sehingga RM 5 juta ke Tabung Harapan Malaysia iaitu RM 10 bagi setiap transaksi sehingga 500,000 transaksi.

Bagi anda yang memuat turun aplikasi Razer Pay mulai hari ini sehingga 30 September 2018, anda akan menerima RM 10 kredit percuma dengan hanya melakukan pendaftaran.

Muat turun aplikasi Razer Pay dibawah:

Razer Pay iOS

Razer Pay Android

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.