Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus ZenFone Live L1 tiba di Malaysia minggu ini pada harga RM 399

Asus Malaysia secara rasminya telah mengesahkan penawaran Asus ZenFone Live L1 di pasaran tempatan.

ZenFone Live L1 ini merupakan telefon pintar pertama Asus dibawah program Android Go.

Asus ZenFone Live L1 ini telah diperkenalkan di pasaran Indonesia bulan lalu dan ianya tiba ke pasaran Malaysia selepas pelancaran Asus ZenFone Max Pro M1.

hadir dengan skrin paparan 18:9 HD+ berukuran 5.5-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 425, 1GB RAM dan 16GB memori simpanan dalaman.

Asus ZenFone Live L1 ini juga memiliki kamera utama 13MP dengan PDAF, kamera selfie 5MP, sokongan face unlock dan bateri berkapasiti 3,300mAh.

ZenFone Live L1 ini hadir dengan versi Oreo Android Go, 4G LTE, tiga slot ( 2 SIM + 1 microSD yang menyokong maksima 2TB ), Bluetooth 5.0 dan Wi-Fi 802.11ac.

Asus ZenFone Live L1 akan ditawarkan mulai penghujung bulan ini didalam dua warna iaitu hitam dan emas.

Asus ZenFone Live L1 ini akan ditawarkan pada harga RM 399 dan pembelian dijangka boleh dibuat di stor rasmi Asus di Lazada Malaysia.

Comments

comments