Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo Find X akan dilancarkan secara rasmi 19 Jun ini

Oppo Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa generasi baru telefon pintar flagship didalam siri Find akan dilancarkan secara rasmi pada 19 Jun ini.

Oppo Find X adalah pengganti kepada Oppo Find 7 yang dilancarkan ke pasaran sebagai telefon pintar pertama didunia dengan skrin paparan QHD beberapa tahun lalu.

Buat masa ini, tidak ada maklumat rasmi mengenai Oppo Find X ini diketahui namun ianya dijangka akan hadir dengan skrin paparan FullView berukuran 6.42-inci, pemproses Snapdragon 845, 8GB RAM dan bateri berkapasiti 4,000mAh dengan pengecasan pantas Oppo VOOC Super Flash.

Oppo Find X juga akan hadir dengan teknologi pengecaman wajah 3D seperti pada iPhone X dan Mi 8, sensor capjari, dwi-kamera dan teknologi kamera selfie berasaskan AI

Oppo Find X ini akan dilancarkan di Paris, Perancis pada 19 Jun ini dan ianya dijangka akan memasuki pasaran didalam masa beberapa minggu selepas itu.

Oppo Find X dijangka akan memasuki pasaran Malaysia didalam masa terdekat.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.