Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo F7 Youth kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,099

Oppo Malaysia secara rasminya telah mengumumkan bahawa Oppo F7 Youth kini sudah mula ditawarkan di pasaran tempatan dengan harga penjualan RM 1,099.

Oppo F7 Youth ini adalah versi Oppo F7 yang lebih murah namun masih mengekalkan pemproses,  kapasiti RAM dan memori dalaman yang sama.

Oppo F7 Youth hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 6.0-inci, pemproses Helio P60, 4GB RAM, 64GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 3,410mAh ( lebih besar dari bateri Oppo F7).

Selain itu, Oppo F7 Youth juga hadir dengan kamera utama 13MP dan kamera selfie 8MP dengan aperture bagi kedua-dua sensor kamera ini adalah f/2.2.

Oppo F7 Youth juga hadir UI ColorOS 5.0 berasaskan Android 8.1 Oreo, slot dwi-SIM Nano, Bluetooth 4.2 dan slot microSD.

ULASAN : Oppo F7 – telefon pintar pro selfie terbaik di pasaran

Oppo F7 Youth ini hadir didalam dua warna iaitu hitam berlian dan merah solar.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.