Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi 8 diumumkan secara rasmi dengan harga dari RM 1,681

Xiaomi secara rasminya telah memperkenalkan generasi ke-8 telefon pintar utama mereka iaitu Xiaomi Mi 8.

Xiaomi Mi 8 merupakan telefon pintar yang hadir dengan takukan yang menempatkan sensor pengecaman wajah yang kompleks sama seperti pada Apple iPhone X dan ianya dikenali sebagai 3D Face Unlock.

Xiaomi Mi 8 hadir dengan skrin paparan 18:7:9 berukuran 6.21-inci yang hadir dengan resolusi FHD+. Ianya adalah panel skrin AMOLED keluaran Samsung.

Selain itu, Xiaomi Mi 8 juga hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 845, 6GB RAM dan tiga pilihan memori simpanan dalaman iaitu UFS 64GB,128GB dan 256GB.

Beralih kepada bahagian kamera, Xiaomi Mi 8 hadir dengan teknologi dwi-kamera 12 MP (f/1.8, 1.4µm) + 12 MP (f/2.4, 1.0 µm) dengan sokongan AI yang menawarkan penambahbaikan bagi lebih 200 adengan penggambaran. Walaupun memiliki resolusi yang sama, sensor utama kamera ini dibekalkan oleh Sony (IMX363) manakala sensor telefoto dibekalkan oleh Samsung (S5K3M3).

Selain itu, Xiaomi Mi 8 juga telah menerima markah keseluruhan DxOMark sebanyak 99 mata yang meletakkanya di atas Mi Mix 2S dan juga iPhone X yang memperoleh 97 mata.

Bagi kategori gambar sahaja, Mi 8 menerima 105 mata khususnya dengan teknologi pengambaran cahaya rendah yang lebih baik.

Xiaomi Mi 8 juga hadir dengan kamera selfie 20MP yang memiliki aperture f/2.0 dan dengan AI portrait selfie dan mod kecantikan AI.

Xiaomi Mi 8 juga hadir dengan bateri berkapasiti 3,400mAh dengan Quick Charge 4.0+, teknologi Dwi-GPS dan sensor capjari pada panel belakang.

Xiaomi Mi 8 akan ditawarkan didalam tiga versi dengan harga penjualan seperti berikut :

Mi 8 6GB/64GB – CNY 2,699 (RM 1,681)

Mi 8 6GB/128GB – CNY 2,999 (RM 1,867)

Mi 8 6GB/256GB – CNY 3,299 (RM 2,054)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.