Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo R15 Pro akan dibuka untuk tempahan mulai 25 Mei

Oppo R15 Pro akan dibuka untuk tempahan mulai 25 Mei 1

Oppo Malaysia sebelum ini telah mengumumkan bahawa Oppo R15 Pro akan dilancarkan secara rasmi pada 24 Mei ini dan kini mengesahkan bahawa pra-tempahan bagi telefon pintar akan bermula sehari selepas pelancaran di Malaysia.

Tempoh pra-tempahan adalah sehingga 31 Mei dan stok akan mula tiba pada 1 Jun 2018 dan anda akan turut menerima hadiah edisi terhad dari Oppo.

Tempahan boleh dibuat melalui beberapa saluran iaitu di kedai konsep Oppo, syarikat telekomunikasi, stor atas talian rasmi Oppo, Lazada dan 11street.

Oppo R15 Pro akan dibuka untuk tempahan mulai 25 Mei 2

Selain itu, pada 29 Mei,  100 pembeli pertama Oppo R15 Pro di kedai flagship Oppo di KLCC akan turut menerima hadiah eksklusif dari Oppo.

Buat masa ini harga penjualan Oppo R15 Pro masih belum diumumkan.

Bercakap mengenai spesifikasi, Oppo R15 Pro ini hadir dengan skrin paparan 19:9 berukuran 6.28-inci yang mempunyai nisbah skrin 89%. Teknologi skrin yang digunakan adalah AMOLED dengan resolusi 1080 x 2280 dengan kepadatan piksel 401ppi ( dilapisii Corning Gorilla Glass 5).

Oppo R15 Pro akan dibuka untuk tempahan mulai 25 Mei 3

Oppo R15 Pro akan hadir dengan pemproses Snapdragon 660, GPU Adreno 512, 6GB RAM dan 128GB memori simpanan dalaman.

Oppo R15 Pro akan hadir dengan kamera dwi-kamera 20 + 16MP manakala kamera selfie adalah unit 20MP.

Oppo R15 Pro akan dibuka untuk tempahan mulai 25 Mei 4

Kamera Oppo R15 ini akan hadir dengan teknologi 3D lighting, AI scene recognition yang mampu mengesan 120 adegan pengambilan gambar dan teknologi AI Beauty 2.0 yang turut ditawarkan pada Oppo F7.

ULASAN : Oppo F7 – telefon pintar pro selfie terbaik di pasaran

Oppo R15 Pro akan dibuka untuk tempahan mulai 25 Mei 5

Selain itu, Oppo R15 Pro juga adalah peranti yang mempunyai pensijilan kalir air dan habuk ( mungkin IP67), bateri berkapasiti 3,430mAh dengan pengecasan pantas VOOC yang mampu menawarkan jangka hayat bateri selama 2 jam dengan pengecasan 5 minit sahaja.

Oppo R15 Pro akan turut hadir dengan ColorOS 5.0 yang berasaskan Android 8.1 Oreo, slot dwi-SIM, NFC dan akan mempunyai berat 180gram.

Oppo R15 Pro akan dibuka untuk tempahan mulai 25 Mei 6

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.