Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Oppo F7 – telefon pintar pro selfie terbaik di pasaran

Pendahuluan

Oppo yang terkenal sebagai pengeluar telefon pintar pro-selfie kembali lagi dengan tawaran terbaru mereka khususnya untuk menyaingi Vivo V9 yang dilancarkan ke pasaran Malaysia baru-baru ini.

Tahun 2018 dianggap sebagai ‘ year of notch’ yang bermaksud setiap telefon pintar baru dipasaran dijangka hadir dengan reka bentuk skrin ala iPhone X dan Oppo jugak tidak mahu ketinggalan didalam menawarkan reka bentuk skrin yang popular ini.

Oppo F7 taruhan terbaru syarikat ini hadir dengan skrin paparan FullScreen 2.0 selain kamera selfie yang sudah pastinya mampu membuat anda terpesona dengan kejelasan gambar yang diambil dan dengan bantuan teknologi AI yang lebih maju.

kami telah diberikan peluang untuk menjadi antara yang terawal untuk menguji kehebatan Oppo F7 dan ini adalah ulasan kami.

 

Reka Bentuk

Harga kini bukan lagi penentu samada sesuatu model telefon itu memiliki reka bentuk dan kemasan yang premium ataupun tidak.

Hal ini dibuktikan oleh Oppo F7 yang hadir dengan kemasan seperti cermin yang sangat berkilau dan tidak seperti Oppo F5 yang menggunakan panel belakang polikarbonat.

Walaupun mempunyai kemasan seperti cermin, ianya adalah plastik.

Permukaan hadapan Oppo F7 pula dipenuhi dengan skrin secara keseluruhanya dengan sedikit takukan pada bahagian atas untuk menempatkan sensor kamera dan pembesar suara.

Bercakap mengenai warna, Oppo F7 hadir didalam tiga warna iaitu perak, merah dan hitam.

Warna hitam ini sedikit unik kerana ianya hadir dengan corak seperti potongan berlian yang agak sukar untuk dilihat dengan mata kasar ( pengunaan lampu membolehkan anda melihat corak unik Oppo F7 berwarna hitam).

Skrin Paparan

Kami amat kagum dengan skrin paparan yang dimiliki oleh Oppo F7 ini kerana segala yang dipaparkan adalah amat teliti dan terang.

Tema UI Oppo F7 yang mengikut warna peranti anda adalah satu lagi ciri tambahan yang boleh di puji namun anda boleh mengubah tema mengikut citarasa anda dengan memuat turun tema di “Theme Store”.

Oppo F7 hadir dengan skrin paparan berukuran 6.23-inci dengan resolusi FHD+ dan walaupun mempunyai saiz skrin kategori telefon pintar phablet, Oppo F7 ini masih selesa untuk digunakan sebelah tangan namun anda mungkin menghadapi masalah jika tangan anda adalah kecil.

Skrin paparan ini adalah teknologi IPS dengan kepadatan piksel 405ppi. Ianya juga memiliki nisbah skrin kepada badan ( screen-to-body-ratio) 88-89.09% dengan resolusi skrin 2280 x 1080 piksel.

Dengan 16% lebih ruang skrin, Oppo F7 kini lebih sesuai untuk melakukan ‘multitasking’ yang membolehkan anda membuka dua aplikasi secara serentak.

Notch skrin yang dimiliki oleh Oppo F7 boleh dikatakan adalah antara yang paling kecil di pasaran namun ianya lebih kepada reka bentuk kosmetik sahaja.

Oppo F7 juga hadir dengan sokongan “Night Shield” yang membolehkan anda mengaktifkanya pada waktu malam untuk menjaga mata anda dari pendedahan lampu biru yang keterlaluan.

Prestasi Dalaman

Oppo F7 hadir dengan pemproses 8-teras Helio P60 yang dikeluarkan oleh MediaTek dan cipset ini juga digunakan pada model Oppo R15.

Pemproses ini terdiri daripada 4 cipset ARM Cortex A73s yang akan menguruskan tugas berprestasi tinggi selain 4 cipset Cortex-A53s yang lebih efisen tenaga.

Apa yang menarik adalah, cipset ini memiliki pemproses khas untuk tugas AI yang kini mempunyai pengaruh besar pada telefon pintar.

Sebagai perbandingan, pemproses ini adalah 12 lebih efisen, 25% lebih efisen didalam permainan video dan 80% lebih baik berbanding Helio P23.

Pada Oppo F7, AI mempunyai fungsi didalam pengambilan gambar seperti tetapan kecantikan berasaskan AI, tetapan gambar mengikut keadaan persekitaran, gambar HDR dan AR sticker.

Selain itu, pemproses AI ini juga digunakan untuk teknologi Face Unlock yang menggunakan 128 titik pengecaman wajah.

Oppo F7 ini hadir didalam dua pilihan RAM iaitu 4GB atau 6GB yang turut mempunyai kapasiti dalaman 64GB atau 128GB.

Selain itu, Oppo F7 juga hadir dengan Color 5.0 yang berasaskan Android 8.1 Oreo

Kamera

Taruhan Oppo pada F7 sekali lagi adalah pada bahagian kamera dan sebagai pengeluar telefon pintar ‘Selfie Expert’, Oppo F7 harus menawarkan pengalaman kamera selfie yang terbaik di pasaran dan pada masa yang sama tidak menganabaikan kualiti kamera dibahagian belakang.

Oppo F7 hadir dengan kamera selfie 25MP yang dibekalkan oleh Sony dan boleh dikatakan kamera selfie pertama didunia untuk ditawarkan pada resolusi ini ( Huawei P20 hadir dengan kamera selfie 24MP).

Ianya hadir dengan sokongan AI yang membolehkan mod kecantikan Oppo F7 lebih tepat dan tidak terlalu keterlaluan.

Mod bokeh atau portrait Oppo F7 mempunyai fungsi yang baik dan ianya mampu mengasingkan antara objek/subjek yang difokus dan latar belakang dengan baik.

Mod kecantikan ini hadir didalam 6 tahap kecantikan selain satu tahap automatik yang menggunakan pemproses AI.

Oppo F7 juga mampu menawarkan mod kecantikan ini bagi beberapa orang didalam satu gambar dan memberikan kesan kecantikan yang diperlukan oleh individu tersebut.

Kamera Oppo A7 juga menawarkan AR Sticker yang menawarkan 14 jenis sticker yang boleh digunakan pada kamera selfie mahupun kamera belakang.

kamera belakang Oppo F7 adalah unit kamera 16Mp dengan aperture f/1.8, ianya adalah sensor kamera yang sama digunakan pada Oppo F5.

kamera belakang Oppo F7 mungkin tidak setanding kamera selfie telefon pintar ini namun ianya mampu memberikan anda pengambilan gambar tanpa sebarang masalah.

Selain itu, anda juga mempunyai ciri pengambilan video time lapse, rakaman video pada resolusi 720p atau 1080p, gambar Panorama dan mod manual yang hanya eksklusif bagi kamera belakang.

Bateri

Oppo F7 hadir dengan bateri berkapasiti 3,400mAh yang dilihat sebagai mencukupi bagi telefon pintar khususnya kerana pengunaan cip Helio P60 dan cip AI yang membantu meningkatkan lagi jangka hayat bateri ini.

Sedikit mengecewakan bahawa tiada sebarang sokongan pengecasan pantas ditawarkan bagi Oppo F7 dan ianya masih menggunakan port USB 2.0 dan bukanya port USB-C.

Ketahanan bateri dijangka mampu memberikan anda pengunaan penuh sehari tanpa sebarang masalah namun ianya masih bergantung kepada pengunaan anda.

Penutup

Oppo F7 sekali lagi membuktikan bahawa Oppo mempunyai resepi yang terbaik untuk mengekalkan mereka sebagai pendahulu pasaran didalam telefon pintar pro selfie dan kelas harga dibawah RM 1,500.

Dengan teknologi kamera selfie antara yang terbaik dipasaran dan ditambah dengan teknologi AI, Oppo F7 yang ditawarkan pada harga RM 1,399 boleh dikatakan sebagai antara calon untuk menerima anugerah telefon pintar kelas pertengahan terbaik bagi tahun 2018.

Gambar yang diambil melalui kamera hadapan Oppo F7

Gambar yang diambil melalui kamera belakang Oppo F7

Comments

comments