OPPO F5 kini ditawarkan pada harga RM 1,099 sahaja

OppoF5 yang merupakan telefon pintar pertama Oppo dengan  skrin paparan Fullview telah dilancarkan beberapa bulan lalu pada harga penjualan RM 1,298.

Walaubagaimanapun, bagi tempoh tiga hari iaitu dari 30 Mac sehingga 1 April, anda boleh memiliki telefon pintar ini pada harga RM 1,099 sahaja iaitu memberikan anda penjimatan sebanyak RM 199.

Oppo F5 6GB dilancarkan secara rasmi oleh Neelofa

Bercakap mengenai Oppo F5 ini, ianya adalah telefon pintar pertama Oppo dengan skrin paparan 18:9 iaitu bersaiz 6.0-inci dengan resolusi 1080 x 2160 piksel (FHD+).

Oppo F5 juga memiliki pemproses Helio P23 daripada MediaTek, konfigurasi RAM dan ROM yang baik iaitu 4GB/32, bateri berkapasiti 3,200mAh dan ColorOS 3.2 yang berasaskan Android 7.1 Nougat.

ULASAN : OPPO F5 – Pro-selfie dan skrin Fullview pada harga berpatutan

Bercakap mengenai kamera, Oppo F5 mempunyai kamera belakang 16MP f/1.8 yang turut dilengkapi dengan flash LED manakala kamera selfie Oppo F5 adalah unit 20MP f/2.0 dengan sensor 1/2.8 yang turut memiliki perisian kecantikan AI Beauty ( turut menyokong pengambilan gambar potrait).

Selain itu, Oppo F5 turut memiliki sensor capjari dibahagian belakang, slot dwi-sim + microSD, face unlock dan Bluetooth 4.2.

Oppo F5 ini ditawarkan didalam tiga warna iaitu hitam,  emas dan biru.

Pembelian boleh dilakukan di kedai konsep Oppo dan juga stor atas talian Oppo seperti dibawah 

Stor konsep OPPO : https://goo.gl/wNVLwB

Stor atas talian OPPO : https://goo.gl/tisCM6

Comments

comments

Share