Jangka masa memadam mesej WhatsApp kini dilanjutkan sehingga 1 jam

 

WhatsApp merupakan aplikasi permesejan yang popular dikalangan pengguna iOS dan Android dan ianya juga antara beberapa aplikasi yang menawarkan kemudahan memadam semula mesej yang telah dihantar.

Pada bulan Oktober yang lalu, WhatsApp telah mula menawarkan ciri ini dan pengguna sebelum
ini mempunyai jangka masa selama 7 minit untuk memadam mesej yang telah dihantar dan hanya akan memaparkan perkataan ‘message deleted’.

Walaubagaimanapun, melalui kemaksini terbaru, WhatsApp telah meningkatkan jangka masa yang anda ada sebelum mesej yang dihantar tidak boleh dipadam.

Jangka masa baru bagi anda mengubah fikiran dan mengubah mesej yang dihantar adalah satu jam 8 minit dan 16 saat.

Jangka masa baru ini kini ditawarkan bagi peranti iOS ( versi 2.18.31) dan anda boleh mengemaskini WhatsApp anda kepada versi baru ini sekarang.

Tidak dapat dipastikan kenapa WhatsApp telah meningkatkan jangka masa untuk memadam mesej yang dihantar ke tempoh melebihi sejam.

Selain itu, tidak dapat kami pastikan samada kemaskini terbaru ini telah sampai kepada peranti Android ataupun tidak.

Comments

comments

Share