Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

WhatsApp tawar ciri Chat Filters yang memudahkan carian perbualan belum dibaca dan groups

WhatsApp secara rasminya telah mengumumkan ciri Chat Filters yang membolehkan anda mengakses perbualan tertentu dengan lebih mudah.

Chat Filters ini akan membahagikan perbualan WhatsApp anda kepada tiga kategori iaitu All, Unread, dan Groups yang sudah pastinya memudahkan anda membuka perbualan tertentu tanpa perlu melihat keseluruhan inbox aplikasi WhatsApp anda.

Chat Filters sudah pastinya akan memudahkan orang ramai untuk mencari perbualan WhatsApp mereka yang paling penting dan membantu menavigasi mesej dengan lebih cekap.

Ciri Chat Filters ini telah mula dilancarkan kepada pengguna hari ini dan akan tersedia kepada semua dalam masa beberapa minggu.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.