Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

WhatsApp memperkenalkan ciri Flows dan Meta Verified bagi WhatsApp Business

WhatsApp telah memperkenalkan beberapa ciri baharu yang akan membantu dalam mempercepat cara menyelesaikan urusan dengan perniagaan dalam sembang WhatsApp di Annual Conversations yang berlangsung di India sebentar tadi.

Pengasas dan CEO Meta iaitu Mark Zuckerberg telah mengumumkan ciri baharu bagi aplikasi WhatsApp.

Pengalaman Sembang Lebih Pantas dengan Flows

WhatsApp Business kini menawarkan Flows yang membolehkan perniagaan menawarkan lebih banyak pengalaman seperti memilih tempat duduk kereta api, memesan makanan atau menempah janji temu anda dengan cepat tanpa meninggalkan sembang anda.

Dengan Flows, perniagaan akan dapat menyediakan pelbagai menu dan borang boleh suai yang menyokong keperluan yang berbeza. WhatsApp akan menyediakan Flows kepada perniagaan di seluruh dunia menggunakan Platform WhatsApp Business dalam beberapa minggu akan datang.

Perniagaan Meta Verified di WhatsApp

WhatsApp juga membolehkan perniagaan menerima penentusahan daripada Meta, yang membantu anda mengetahui bahawa anda sedang bersembang dengan perniagaan yang betul.

Untuk menjadi Meta Verified, perniagaan akan mempamerkan pengesahan mereka kepada Meta dan sebagai balasan, menerima akan lencana verified, sokongan akaun dipertingkat dan perlindungan penyamaran.

Untuk perniagaan yang berminat untuk mendaftar, Meta Verified disertakan dengan ciri premium tambahan termasuk keupayaan mencipta halaman WhatsApp tersuai yang mudah ditemukan melalui carian web dan sokongan berbilang peranti supaya berbilang pekerja boleh memberikan respons kepada pelanggan.

WhatsApp akan mula menguji Meta Verified tidak lama lagi dengan perniagaan kecil menggunakan aplikasi WhatsApp Business sebelum diperkenalkan kepada perniagaan pada Platform WhatsApp Business pada masa hadapan.

 Selain itu, WhatsApp juga akan terus membina ciri hebat untuk perniagaan bagi meningkatkan perkhidmatan pelanggan dan tawaran lain yang disediakan oleh mereka kepada orang ramai, dan tidak sabar-sabar mahu mendengar cara kemas kini baharu ini membantu dalam menjalinkan sambungan, membina hubungan dan menyelesaikan lebih banyak perkara.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.