Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ akan dibuka untuk tempahan 1 Mac ini

Samsung Galaxy S9 dan Samsung Galaxy S9+ telah dilancarkan secara rasmi awal pagi tadi dan berita baik bagi kita di Malaysia, Samsung  telah mengesahkan bahawa kedua-dua telefon pintar ini akan dibuka untuk tempahan mulai 1 Mac ini.

Tempahan bagi kedua-dua model Galaxy S9 ini akan dibuka dari 1 Mac 2018 sehingga 4 Mac 2018 dan setiap tempahan akan menerima satu unit pembesar suara Bluetooth Harmon kardon bernilai RM 699 secara percuma.

Berikut adalah Harga penjualan Samsung Galaxy S9 dan S9+ mengikut kapasiti :

Samsung Galaxy S9 64GB – RM 3,299
Samsung Galaxy S9+ 64GB – RM 3,799
Samsung Galaxy S9+ 128GB – RM 3,999
Samsung Galaxy S9+ 256GB – RM 4,399

Penjualan akan bermula pada 16 Mac dan terdapat tiga pilihan warna bagi kedua-dua model ini iaitu Biru, Hitam dan Ungu.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.