Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ akan dibuka untuk tempahan 1 Mac ini
![Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ akan dibuka untuk tempahan 1 Mac ini 1 Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ akan dibuka untuk tempahan 1 Mac ini 1](https://mobilefokus.com/wp-content/uploads/2018/02/D91D8FBC-9929-4904-BA19-B050ED2DA388.jpeg)
Samsung Galaxy S9 dan Samsung Galaxy S9+ telah dilancarkan secara rasmi awal pagi tadi dan berita baik bagi kita di Malaysia, Samsung telah mengesahkan bahawa kedua-dua telefon pintar ini akan dibuka untuk tempahan mulai 1 Mac ini.
Tempahan bagi kedua-dua model Galaxy S9 ini akan dibuka dari 1 Mac 2018 sehingga 4 Mac 2018 dan setiap tempahan akan menerima satu unit pembesar suara Bluetooth Harmon kardon bernilai RM 699 secara percuma.
Berikut adalah Harga penjualan Samsung Galaxy S9 dan S9+ mengikut kapasiti :
Samsung Galaxy S9 64GB – RM 3,299
Samsung Galaxy S9+ 64GB – RM 3,799
Samsung Galaxy S9+ 128GB – RM 3,999
Samsung Galaxy S9+ 256GB – RM 4,399
Penjualan akan bermula pada 16 Mac dan terdapat tiga pilihan warna bagi kedua-dua model ini iaitu Biru, Hitam dan Ungu.