Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ dilancarkan secara rasmi di Malaysia

Samsung secara rasminya telah memperkenalkan Galaxy S9 dan Galaxy S9+ ke pasaran Malaysia dan ianya hadir dengan reka bentuk luaran yang hampir sama dengan generasi Galaxy S yang sebelum ini namun dengan spesifikasi dalaman yang lebih baik.

Perubahan yang boleh dilihat adalah sisi bezel skrin yang lebih nipis, lokasi sensor capjari yang lebih strategik dan sensor IRIS yang lebih ‘tersorok’.

Samsung Galaxy S9

Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ hadir dengan skrin paparan Infinity Super AMOLED QHD berukuran 5.8-inci dan 6.2-inci.

Beralih kepada pemproses, Samsung akan menawarkan Galaxy S9 dan Galaxy S9+ dengan pemproses Exynos 9810 bagi semua pasaran kecuali di Amerika Utara dan China yang akan menerima pemproses Snapdragon 845.

Galaxy S9 akan hadir dengan 4GB RAM manakala S9+ akan memiliki 6GB dengan kedua-dua model akan ditawarkan didalam tiga kapasiti memori simpanan dalaman iaitu 64GB, 128GB dan 256GB.

Seperti yang dikatakan pada teaser, Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ memfokuskan kepada kamera dan ianya hadir dengan kamera Super Speed Dual Pixel 12MP yang mempunyai aperture f/1.5 atau f/2.4 ( mengikut tetapan anda), pengstabilan optik dan PDAF dual pixel.

Samsung Galaxy S9+

Galaxy S9+ mendapat layanan yang lebih eksklusif iaitu unit kamera kedua yang berfungsi sebagai sensor telefoto seperti pada Note8. Ianya juga merupakan unit 12MP dengan aperture f/2.4, OIS dan PDAF dual pixel.

Kamera selfie bagi kedua-dua model terbaru generasi S pula diwarisi dari Galaxy S8 iaitu kamera 8MP dengan aperture f/1.7 dan pemfokusan auto.

Selain itu, Galaxy S9 dan S9+ juga memiliki pembesar suara stereo AKG yang didakwa 40% lebih lantang berbanding siri Galaxy S8, Android Oreo berasaskan Grace UX, AR Emoji, sensor IRIS dan pengesan wajah.

Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ juga hadir dengan kapasiti bateri yang sama seperti S8 dan S8+ iaitu 3,000mAh dan 3,500 mAh.

Berikut adalah Harga penjualan Samsung Galaxy S9 dan S9+ mengikut kapasiti :

Samsung Galaxy S9 64GB – RM 3,299
Samsung Galaxy S9+ 64GB – RM 3,799
Samsung Galaxy S9+ 128GB – RM 3,999
Samsung Galaxy S9+ 256GB – RM 4,399

Samsung juga telah mengumumkan roadshow Samsung yang akan berlangsung mulai 16 Mac sehingga 18 Mac di Pavillion Kuala Lumpur, Queensbay Mall Penang dan Aeon Bandar Dato Onn Johor Bahru.

Di Roadshow ini, anda boleh menikmati tawaran istimewa terhad dengan pembelian Galaxy S9 dan Galaxy S9+ iaitu  pad pengecasan tanpa wayar percuma ( terhad kepada 2,300 unit), diskaun 30% bagi pembelian Gear S3 Sport dan diksaun RM 50 bagi pembelian aksesori Galaxy S9 atau Galaxy S9+

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.