Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OtterBox mengumumkan senarai penuh perkakas untuk Apple iPhone X, iPhone 8 dan iPhone 8 Plus

OtterBox, syarikat pengeluar perkakas perlindungan telefon pintar telah mengumumkan penawaran bagi kesemua model iPhone 8, iPhone 8 Plus dan Apple iPhone X.

OtterBox dan Apple iPhone bukanlah sesuatu yang asing kerana, syarikat ini telah mengeluarkan perkakas perlindungan sejak model iPhone yang pertama iaitu 10 tahun lalu.

OtterBox merupakan perkakas no.1 di Amerika Syarikat  turut ditawarkan di pasaran Malaysia dan ketibaan perkakas baru bagi Apple iPhone 8, iPhone 8 Plus dan iPhone X adalah tepat pada masanya kerana kesemua model ini kini sudah mula ditawarkan di Malaysia ( iPhone X mula ditawarkan esok).

OtterBox akan menawarkan peranti berharga ribuan ringgit anda perlindungan dari jatuhan, kotoran dan insiden yang tidak dingini melalui siri perkakas Symmetry Series , Pursuit Series , Defender Series , Commuter Series , Strada Series Folio, uniVERSE Case dan gelas perlindungan skrin Alpha Glass.

untuk maklumat anda, perkakas OtterBox iPhone 8 juga boleh digunakan pada Apple iPhone 7 manakala perkakas bagi iPhone 8 Plus boleh digunakan bersama Apple iPhone 7 Plus.

Anda boleh melihat senarai perkakas OtterBox bagi iPhone 8 di Sini manakala bagi Apple iPhone 8 Plus anda boleh melihat senarai penuh di Sini

Bagi anda yang berminat untuk membeli penawaran terbaru OtterBox bagi Apple iPhone 8, iPhone 8 Plus , iPhone X atau lain-lain model, anda boleh mengunjungi laman sesawang OtterBox Asia di pautan di bawah.

Berikut adalah senarai perkakas OtterBox bagi Apple iPhone X

Otterbox Asia

Comments

comments