• Home »
  • Samsung »
  • Samsung sahkan Galaxy Note8 akan dilancarkan pada penghujung Ogos ini

Samsung sahkan Galaxy Note8 akan dilancarkan pada penghujung Ogos ini

Selepas pelancaran Galaxy Note FE, Samsung kini sudah mula menumpukan perhatian sepenuhnya untuk pelancaran Galaxy Note8 dan perkembangan terbaru yang ditawarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Samsung sudah pastinya akan memberikan peminat siri Galaxy Note kegembiraan yang tidak terhingga.

DJ Koh yang merupakan ketua pegawai eksekutif Samsung telah mengesahkan bahawa syarikat ini merancanguntuk memperkenalkan generasi baru siri Galaxy Note pada penghujung bulan Ogos dan pengesahan ini telah diberikan kepada pihak media di Taiwan.

Selain itu, DJ juga mengesahkan bahawa Note8 akan memasuki pasaran didalam dua fasa dimana pada fasa pertama hanya tiga negara akan menerima Note8  ( Amerika Syarikat, United Kingdom dan Korea Selatan) pada bulan September.

Fasa kedua penjualan Galaxy Note8 akan bermula pada bulan Oktober dan semua negara lain yang tidak disenaraikan didalam fasa pertama akan mula menerima telefon pintar ini dan bagi pasaran Malaysia, kita mungkin menjadi antara negara terawal didalam fasa kedua.

Tujuan Samsung tergesa-gesa untuk melancarkan Note8 ke pasaran adalah untuk mencuri momentum penjualan peranti sebelum pelancaran dan penawaran Apple iPhone 8 yang akan mula memasuki pasaran pada bulan September 2017.

Sumber

Comments

comments

Share