Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy J3 Pro, J5 Pro dan J7 Pro kini di Malaysia

Samsung Mobile Malaysia telah mengumumkan bahawa generasi baru didalam siri Galaxy J Pro kini telah tiba ke pasaran tempatan.

Samsung telah membawa masuk tiga model didalam Siri J Pro secara serentak iaitu J3 Pro, J5 Pro dan J7 Pro yang memiliki harga penjualan RM 699, RM 1,149 dan RM 1,299.

Bercakap mengenai reka bentuk yang dimiliki oleh kesemua model didalam siri Galaxy J Pro ini, ianya memiliki reka bentuk berasaskan keluli yang dipadankan dengan gelas 2.5D dibahagian hadapan.

Terus kepada spesifikasi, Samsung Galaxy J3 Pro yang merupakan telefon pintar termurah diantara tiga model ini hadir dengan skrin paparan HD TFT berukuran 5.0-inci, pemproses 4 teras berkelajuan 1.4GHz, 2GB RAM, 16 memori simpanan dalaman, slot dwi-SIM, slot microSD dan bateri berkapasiti 2,400mAh.

Selain itu, Galaxy J3 Pro ini juga memiliki kamera belakang 13MP dengan pemfokusan auto dan aperture f/1.9 manakala kamera hadapan adalah unit 5MP dengan aperture f/2.2.

Beralih kepada Galaxy J5 Pro pula, telefon pintar ini hadir dengan skrin paparan Super AMOLED HD berukuran 5.2-inci, pemproses 8 teras berkelajuan 1.6GHz, 3GB RAM, 32GB ROM, sensor capjari, bateri berkapasiti 3,000mAh, slot dwi-SIM dan microSD.

Galaxy J5 Pro ini memiliki kamera utama 13MP dengan aperture f/1.7 manakala kamera hadapan juga adalah unit kamera 13MP namun dengan aperture f/1.9.

Galaxy J7 Pro yang merupakan model paling premium didalam siri ini hadir dengan skrin paparan HD penuh Super AMOLED berukuran 5.5-inci, pemproses pemproses 8 teras berkelajuan 1.6GHz, 3GB RAM, 32GB ROM, sensor capjari, bateri berkapasiti 3,600mAh, slot dwi-SIM dan microSD.

Galaxy J7 Pro ini juga memiliki kamera utama 13MP dengan aperture f/1.7 manakala kamera hadapan juga adalah unit kamera 13MP namun dengan aperture f/1.9.

Kesemua model Galaxy J Pro ini akan ditawarkan didalam 4 warna iaitu biru, hitam, merah jambu dan emas dengan pembelian mana-mana model sebelum 30 September 2017 membolehkan anda menikmati tambahan 12 bulan waranti secara percuma selain 12 bulan skim perlindungan keretakan skrin.

Siri Galaxy J Pro ini kini sudah boleh dibeli melalui stor Samsung diseluruh negara dan jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai tawaran hebat Samsung ini, anda boleh melayari laman sesawang Samsung Malaysia.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.