Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Motorola turut melancarkan siri C dan siri E4 ke pasaran Malaysia – dari RM 399

Selain pelancaran Moto Z2 Play, Motorola turut memperkenalkan dua lagi siri telefon pintar terbaru untuk pasaran Malaysia iaitu Siri C dan E4 dengan harga penjualan bermula serendah RM 399.

 

Bercakap mengenai Moto C, ianya hadir dengan skrin paparan FWVGA berukuran 5.0-inci, pemproses MediaTek MT6737m, 1GB RAM, 16GB ROM, kamera utama 5MP, kamera selfie 2MP, bateri berkapasiti 2,500mAh dan beroperasi dibawah Android 7.0 Naugat.

Moto C akan ditawarkan didalam dua warna iaitu hitam dan putih dengan harga penjualan RM 399 termasuk GST.

Model kedua didalam siri C adalah Moto C Plus dan telefon pintar ini hadir dengan skrin paparan HD 720p berukuran 5.0 inci, pemproses MT6737, 2GB RAM , 16GB memori simpanan dalaman, kamera hadapan 8MP, kamera selfie 2MP, bateri berkapasiti 4,000mAh dan turut hadir dengan Android 7.0 Nougat.

Moto C Plus ditawarkan didalam dua warna iaitu hitam dan emas dengan harga penjualan RM 539.


Beralih kepada Moto E4 pula, Moto E hadir dengan skrin paparan HD berukuran 5-inci, pemproses MT6737, 2GB RAM, 16GB ROM, kamera utama 8MP, kamera selfie 5MP ,bateri berkapasiti 2,800mAh dan hadir dengan Android 7.1.1 Nougat.

Moto E4 ini akan ditawarkan didalam dua warna iaitu kelabu dan emas dengan harga penjualan RM 639.

Model keempat dan yang terakhir adalah Moto E4 Plus dan telefon pintar ini hadir dengan skrin paparan 720p berukuran 5.5-inci, pemproses MediaTek MT6737, 3GB RAM, 32GB memori simpanan dalaman, kamera utama 13MP, kamera selfie 5MP, bateri berkapasiti 5,000mAh, pembesar suara Dolby Atmos dan sistem operasi Android 7.1.1 Nougat.

Moto E4 Plus ini akan ditawarkan pada harga RM 799 dan ianya hadir didalam dua pilihan warna iaitu kelabu dan emas.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.