Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Motorola Razr 2022 telah mula ditawarkan dipasaran Eropah

Telefon pintar flip daripada Motorola iaitu Motorola Razr 2022 kini telah mula memasuki pasaran antarabangsa iaitu selepas tiga bulan dilancarkan dipasaran China.

Motorola Razr 2022 hadir dengan skrin paparan OLED berukuran 6.5-inci yang memiliki resolusi FHD+ dan kadar segar semula 144Hz. Ianya juga memiliki Cover Screen OLED 2.7-inci yang berguna apabila telefon pintar dilipat.

Selain itu, Motorola Razr 2022 hadir dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1, 8GB RAM dan 256GB storan dalaman serta antaramuka MyUX yang berasaskan Android 12.

Bercakap mengenai kamera, Motorola Razr 2022 ini memiliki sensor utama 50MP bersama satu sensor ultrawide 13MP dan terdapat juga kamera selfie 32MP pada bahagian atas skrin utama.

Selain itu, Motorola Razr 2022 juga memiliki pembesar suara stereo Dolby Atmos, pensijilan IP52 dan bateri 3,500mAh dengan pengecasan 30W.

Motorola Razr 2022 akan ditawarkan didalam warna Satin Black pada harga €1,200 (RM 5,647) di pasaran Eropah.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.