Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Moto Z2 Play dilancarkan secara rasmi di Malaysia – RM 1,999

Lenovo Mobile Malaysia secara rasminya telah melancarkan Motorola Moto Z2 Play ke pasaran tempatan dan telefon pintar ini hadir dengan sokongan aksesori modular yang dikenali sebagai Moto Mods.

Motorola Moto Z2 Play hadir ke pasaran tempatan dengan harga penjualan RM 1,999 dan ditawarkan didalam dua warna iaitu kelabu dan emas.

bercakap mengenai spesifikasi, Moto Z2 Play ini hadir dengan skirn paparan Super AMOLED 1080p berukuran 5.5-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 626, Adreno 506 GPU, bateri berkapasiti 3,000mAh (dengan teknologi pengecasan pantas TurboPower), 64GB memori simpanan dalaman dan tidak lupa 4GB RAM.

Motorola Moto Z2 Play ini juga hadir dengan kamera belakang 12MP yang memiliki teknologi pemfokusan ‘dual autofocus pixel’ dengan aperture f/1.7 dan flash dwi-tona LED.

Motorola turut melengkapkan Z2 Play dengan kamera hadapan 5MP yang memiliki lensa lebar selain lampu flash LED CCT.

Selain itu, bagi 1,000 pembeli pertama, Motorola akan menawarkan hadiah percuma eksklusif bernilai RM 299 dan pembelian boleh dilakukan sekarang melalui stor Lenovo dan wakil penjual sah.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.