Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Motorola Moto G5s Plus dilancarkan secara rasmi di Malaysia

Motorola Malaysia secara rasminya telah melancarkan Moto G5s Plus ke pasaran tempatan dengan harga penjualan

Moto G5s Plus tiba ke pasaran Malaysia selepas Moto G5 Plus mula ditawarkan beberapa bulan lalu.

Moto G5s Plus hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.5-inci(401ppi) yang dilindungi dengan Corning Gorilla Glass 3, pemproses Qualcomm Snapdragon 625 berkelajuan 2.0, Adreno 506, 4GB RAM, 32GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 3,000mAh yang turut mempunyai sokongan pengecasan pantas TurboPower ( pengecasan 15 minit mampu memberikan 6 jam pengunaan).

Bercakap mengenai kamera, Moto G5s Plus hadir dengan teknologi dwi-kamera 13MP yang memiliki aperture f/2.0 dan dua lampu flash LED. Kamera ini juga mempunyai sokongan merakam video 4K dan gambar potrait.

Selain itu, Moto G5s Plus juga memiliki kamera selfie lensa lebar 8MP, reka bentuk berasaskan aluminum sepenuhnya, sensor capjari pelbagai fungsi, slot microSD dan Android 7.1 Nougat.

Moto G5s Plus akan ditawarkan didalam dua warna iaitu kelabu dan emas dengan harga penjualan RM 999. Pembelian Moto G5s Plus di Lazada mulai 6 November sehingga 11 November membolehkan anda menerima hadiah ekslusif bernilai RM 587.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.