• Home »
  • Oppo »
  • Oppo R11 Plus diumumkan secara rasmi – kamera berkembar 16MP+20MP

Oppo R11 Plus diumumkan secara rasmi – kamera berkembar 16MP+20MP

 

Oppo R11 telah diumumkan sebelum ini dan kini tiba giliran Oppo R11 Plus diumumkan secara rasmi.

Oppo R11 dan Oppo R11 Plus tidak memiliki banyak perbezaan dan telefon pintar ini juga hadir dengan teknologi kamera berkembar.

Oppo R11 Plus hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.0-inci, bateri berkapasiti 4,000mAh dengan sokongan VOOC.

Selain itu, bercakap mengenai kamera yang dimiliki oleh R11 Plus ini, ianya hadir dengan kamera 16MP dengan aperture f/1.7 diikuti oleh kamera telefoto 20MP f/2.6 yang turut hadir dengan zoom optik 2x.

Unit kamera yang digunakan pada Oppo R11 Plus ini dibekalkan oleh Sony dan ianya adalah sensor IMX398 dan IMX350. kedua-dua kamera ini akan beroperasi dibawah Qualcomm ISP yang menawarkan pengambilan gambar bokeh dan potrait. Selain itu, Oppo R11 Plus juga hadir dengan kamera selfie 20MP dengan aperture f/2.0.

Oppo R11 Plus ini hadir dengan ketebalan 7.8mm dengan berat 188gram dan telefon pintar ini dijangka akan memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi.

Comments

comments

Share