Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HTC U11 tiba di Malaysia bulan ini – RM 3,099


HTC Malaysia secara rasminya telah melancarkan telefon pintar utama mereka iaitu U11 yang merupakan telefon pintar dunia untuk hadir dengan teknologi Edge Sense yang membolehkan anda menekan sisi rangka peranti untuk membuka kamera, aplikasi kegemaran dan banyak lagi.

Selain itu, HTC U11 juga boleh dikatakan hadir dengan banyak teknologi yang mampu meletakkan telefon pintar ini sebagai antara yang terbaik di pasaran.

TT

HTC U11 hadir dengan skrin paparan QHD bersaiz 5.5-inci, pemproses Snapdragon 835, 6GB RAM dan 128GB memori simpanan dalaman.

Beralih kepada kamera, HTC U11 ini memiliki kamera 12MP UltraPixel yang telah diberi mata 90 oleh DxOMark, mata tertinggi pernah dianugerahkan kepada telefon pintar.

Kamera hadapan U11 ini memiliki aperture f/1.7, sokongan rakaman 4K, OIS, EIS dan pemfokusan UltraSpeed.

HTC U11 juga hadir dengan kamera selfie 16MP yang mampu juga merupakan unit kamera UltraPixel dan mod panorama selfie 170 darjah.

The HTC U11 juga memiliki USB Type-C , Bluetooth 4.2, Wi-Fi 802.11ac, NFC, GPS, GLONASS, perakam audio 3D ( Acoustic Focus ) dan tiada slot audio 3.5mm namun satu adapter USB-C kepada 3.5mm akan disertakan.

HTC U11 akan turut dilengkapkan bateri berkapasiti 3,000mAh yang memiliki teknologi pengecasan Quick Charge 3.0, Android 7.1 Nougat , HTC U-Sonic , pensijilan kalis air dan habuk IP67 dan panel belakang berasaskan gelas 3D

HTC U11 akan memasuki pasaran Malaysia mulai penghujung bulan ini dengan harga penjualan RM 3,099 termasuk GST.

HTC U11 ini akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu hitam, perak atau krom dan biru.

Tempahan bagi HTC U11 akan dibuka melalui rakan online seperti Lazada, 11street dan juga di lama Facebook HTC Malaysia.

Bercakap mengenai penawaran dari syarikat telekomunikasi pula, Maxis disahkan telah menerima hal eksklusif untuk menjual HTC U11 mulai hujung bulan ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.