Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HTC bakal kembali dengan pelancaran HTC U23 Pro 5G

HTC U23 Pro 5G

HTC U23 Pro 5G

Sebuah telefon pintar misteri daripada HTC telah mula dilaporkan secara meluas dan ianya dikatakan sebagai model HTC U23 Pro 5G.

HTC U23 Pro 5G ini dilaporkan akan hadir dengan sebagai sebuah telefon pintar kelas midrange dengan panel belakang dan rangka yang diperbuat daripada plastik selain butang kuasa disisi dengan sensor capjari.

Selain itu, antara spesifikasi HTC U23 Pro 5G yang didedahkan adalah skrin paparan AMOLED, cip Snapdragon 7 Gen 1, 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Ianya juga dikatakan akan memiliki sensor utama 108MP yang memiliki OIS bersama tiga lagi sensor yang mungkin terdiri dari sensor ultrawide, sensor depth dan sensor makro.

Selain itu, telefon pintar HTC ini juga dikatakan akan memiliki bateri 4,600mAh dan terdapat juga bicu audio 3.5mm.

Berdasarkan laporan awal ini, HTC U23 Pro 5G dilihat masih didalam proses pembangunan peringkat awal dan kita hanya boleh berharap ianya akan dilancarkan ke pasaran tidak lama lagi.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.